empat

Romance Series 1849

"Ha assalamualaikum Zam. Hang kat mana? Mai balik hujung minggu ni. Mak abah nak cakap dengan hang sikit. Balik na?"

Suara Pn Raudah terus saja bersuara sebaik saja panggilan diangkat. Uzzam sudah mengeluh perlahan sambil mengerut dahi.

"Aduh mak.. orang nak rehat la cuti-cuti ni. Hujung minggu depan ek orang balik? Minggu ni orang plan dah nak pergi hiking dengan kawan-kawan orang.." keluh Uzzam dengan harapan ibunya tidak akan kisah.

Dia juga punya rancangan untuk membawa Sofhina keluar bertemu janji pada malam sabtu dan Anis pada malam ahad. Jika begini, musnahlah rancangannya.

"Ish hang ni.. abah hang yang suruh. Balik jugak. Takde alasan. Faham?" tegas saja suara Pn Raudah.

Anak terunanya itu jika tidak dipaksa, memang liat sungguh untuk pulang ke rumahnya walaupun tidaklah sejauh mana. Setakat 4 ke 5 jam perjalanan saja.

Kedengaran keluhan berat Uzzam daripada sebelah sana panggilan. "Haih.. mak ni la.."

Pn Raudah sudah tersenyum sambil memandang En Osman, suaminya di hadapan. Dia tahu apa yang bakal anak terunanya itu jawab.

"Okay mak... nanti orang balik." akhrirnya Uzzam menyetujui juga. Panggilan ditamatkannya segera selepas meminta diri.

Hilang mood baiknya untuk bersenang- lenang dan bergembira hujung minggu ini. Nampaknya dia perlu tangguh pula ke minggu hadapan.

"Apa la yang penting sangat sampai tak boleh haba' kat tepon ni.." omelnya seorang diri.

Tv kembali dilihat dengan mulut sentiasa menguyah makanan ringan. Hidup membujang membuatkan tiada sesiapa yang akan menjaga makan minumnya.

Jika dia lapar, Uzzam hanya akan memesan makanan mahupun makan di luar sahaja.

Masak? Maggie boleh la.. lebih? memang harapkan telur dadar saja di dapur rumah sewanya itu.

Nasib baiklah dia seorang yang agak pembersih dan pengemas, jika tidak memang haru hidupnya.

Apabila dia sudah dapat mengenali dengan lebih rapat lagi samada Anis mahupun Sofhina, Uzzam sudah bertekad akan membawa bakal isterinya bertemu si ibu.

Nampaknya dia perlu bertangguh dahulu niatnya.

~~~~~~~~~~~~~~~

Hari berjalan seperti kebiasaan buat Uzzam. Tiada apa yang menarik dan baru.

Dia bersarapan French toast bersama kopi sebelum keluar untuk ke tempat kerja.

Tetapi nasibnya malang. Keretanya tiba-tiba meragam dan Uzzam sempat berhenti di bahu jalan. Lelaki itu keluar dan melihat keadaan kereta.

Kesemua tayar baik-baik saja. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian enjinnya.

Bumper hadapan diangkat dan ditahan dengan besi penyandang. Uzzam bercekak pinggang dengan wajah mencuka.

"Aduh.. pagi-pagi ni la kau nak buat hal. Semalam okay je.. hish!" getusnya seorang diri.

Dia bukannya arif bab-bab teknikal begini. Setakat tukar tayar bolehlah..

Besi jalan di tepi di duduknya sambil mencari nombor kenalan yang mampu dia minta pertolongan. Sudahlah dia punya mesyuarat dengan ketua pengurusan pula pagi ini.

Tiba-tiba, suatu motosikal berhenti betul-betul di hadapan keretanya yang tersadai. Uzzam sudah meneguk liur. Dia kenal benar dengan pemilik motosikal Yamaha Y15ZR itu.

'Asal la kau stop gile.. aku tak perlukan bantuan perempuan macam kau la. ish. Kalau mekanik takpe la jugak.'

Uzzam mencebik tidak suka walaupun tidak dilihat sesiapa. Sungguh dia menyampah pula apabila bertemu wanita bermuka ketat itu. Tak mesra alam sungguh!

Helmet dibuka Husna begitu juga beg sandangnya. Dia meletakkan kedua itu ke dalam raga motornya sebelum berpaling menghadap Uzzam dengan riak dingin pada wajah.

"Need a help? Saya boleh tolong Encik.." Husna tayang senyum sinis.

~~~~~~~~~~~~~

Semasa Husna mahu ke tempat kerja, dia melalui suatu highway. Tetapi kereta seseorang yang amat dia minati menarik perhatiannya.

Dia kenal amat kereta lelaki itu. Nombor plat yang sama dan kereta yang serupa.

Dan apabila dia semakin menghampiri. Sah! Itu kereta Uzzam dan lelaki itu sedang duduk di atas penghadang jalan di tepi sambil sibuk dengan teleponnya.

Mungkin mencari bantuan barangkali.

'Inilah peluang aku untuk dapatkan good impression daripada dia. Mesti dia akan suka aku nanti. You can do this Husna!'

Dengan beraninya, dia memberhentikan motosikalnya. Tak pernah lagi dia berhadapan secara perseorangan dengan Uzzam. Inilah kali pertama.

Jantungnya berdegup kencang, cuba ditutup dengan sikap dinginnya. Dia perlu cuba juga, lagipula mana dapatnya sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya bukan?

Dengan poker face nya, dia cuba memberikan senyuman pada Uzzam walaupun sukar untuknya senyum tanpa sebab.

"Need a help? Saya boleh tolong Encik.." soalnya cuba berlagak selamba.

Tanpa dia sedari, senyuman Husna terlihat sinis dan seperti memerli. Berlagak!

Uzzam sudah berbakul-bakul kutukan di dalam hati akibat salah faham itu. Dia menyoal sinis juga.

"Awak boleh ke tengok kan kereta saya? Betulkan apa yang patut? Kalau tak.. rasenye tak perlu kot awak berhenti sini. Susahkan awak je. Saya boleh selesaikannya sendiri. Terima kasih saje la."

Uzzam juga berlakon seperti Husna. Senyuman ditayangkan walaupun tuturnya kedengaran seperti menyindir.

Dia terus berpura-pura sibuk memandang ke arah enjin kereta sambil sesekali mengkelebek bahagian-bahagian di dalam itu tanpa tujuan.

"Saya pandai la. Tepi." tangan Husna goyangkan seperti menghalau lalat menyuruh Uzzam ke tepi.

Dia memang sensitif jika bersentuhan dengan yang bukan mahram walaupun berlapik. Alergik!

Uzzam tayang muka kerek dan berpeluk tubuh di tepi bumper kereta yang terbuka sambil memandang rendah pada Husna.

Husna terus memeriksa bahagian enjin kereta Uzzam dan sesekali memegang bahagian dalam itu tanpa suara.

Uzzam disebelah memandang sebelah mata saja sambil cuba berbual sarkastik.

"Boleh ke tu...? Kalau tak boleh, tak payah la susah-susah. Habis kotor tangan awak tu. Saya boleh je panggil mekanik nanti. Takut jadi makin teruk pulak kang awak dok perosek sane sini."

Uzzam bersuara sinis sambil melihat reaksi Husna. Wanita itu tidak membalas mahupun berubah riak, sebaliknya masih fokus dengan perbuatannya.

Entah apa yang dilakukan Husna, Uzzam pun tidak tahu. Dia menjeling pemakaian wanita di sebelahnya itu pula.

'Asyik-asyik baju kurung.. tak baju kurung, kebarung.. takde bende lain ke nak pakai. dah la naik moto.' ejek hatinya.

Sangkaannya pasti Husna seorang yang old-fashioned dan seperti makcik-makcik saja. Sudahlah tidak memakai solekan.

Sekadar bedak dan gincu tipis. Wajah wanita itu pula dibeleknya.

'Hmmm malangnya kau suka aku Husna.. Kita tak sesuai pun kalau bersame.' tersengih Uzzam luar sedarnya. Bongkak.

Kulit wajah Husna hanyalah sawa matang saja, tidaklah cerah dan bersih seperti wanita-wanita pujaan hati lelaki.

Tidaklah berhidung terlalu mancung, sekadar cukup syarat saja dan sedap mata memandang, bermata sederhana, berkening sedikit garang dan bibirnya agak seksi.

Tetapi malangnya, Husna mempunyai sedikit parut jerawat pada sedikit bahagian wajahnya walaupun tidak sebegitu ketara.

Berketinggian sekitar 150+cm dan berbadan sederhana. Bosan...

Bagi Uzzam, wanita ini sememangnya tidak akan termasuk dalam senarai bakal isterinya jika berdasarkan rupa paras.

Jauh panggang dari api. Husna tidak setanding langsung dengan Anis yang comel manis dan Sofhina yang cantik bergaya.

"Encik, Saya dah siap betulkan kereta Encik."

"Ha?"

~~~~~~~~~~~~~~

Husna's POV.

'Aduh.. kenapa dia diam pulak ni? Tadi sibuk tanya itu tanya ini.. entah-entah dia tengok bende lain tak?'

'Eh tak kan lah.. Encik Uzzam bukan macam tu. Dia bukan jenis lelaki macam tu.'

'Tapi kenapa aku rase macam die tengah pandang muke aku sekarang dan bukannya enjin die ni? Hmm.. tak mungkin lah.' tangan naik menggaru tepi hidung sedikit.

'Mungkin kau perasan je ni Bella.. Hmm mungkin jugak. Nasib baik aku boleh bantu dia. Mesti dia appreciate aku.' Husna gembira hanya dalam hati, tidak pada zahirnya.

"Encik. Saya dah siap betulkan kereta Encik." ucap Husna.

Senyuman kecil cuba dilemparkan walaupun dalam keadaan paksa. Nampak sangat ketidakikhlasannya.

"Ha?" tersentak Uzzam dari lamunan.

"Oh awak dah siap. Yeke? Kejap biar saya start dulu enjin." dia cover kelakuannya dan terus ke dalam kereta untuk menghidupkan enjin.

Dan ianya berjaya.

Tak sangka pula wanita kekampungan ini pandai juga bab-baba automotif. A bit impressive.

Dia keluar semula dengan Senyuman dilemparkan pada Husna selepas menutup bumper kereta.

"Thank you for your help. Kalau awak tak kisah. Ni, amik la. Saya upah awak." sehelai not 50 dibawa keluar dan dihulur kepada Husna.

"Tak perlu. Saya kene pergi sekarang." Husna cuba berdolak dalih. Baru saja dia mahu kembali ke motosikalnya, Uzzam memanggil lagi.

"Husna. Ini saya bagi ikhlas pada awak sebab tolong saya. Amiklah." sehelai duit itu masih dihulurkan juga kepada Husna selepas menarik hujung lengan baju wanita itu.

Wajah Husna dapat dia lihat riaknya berubah sedikit tegang. Uzzam cuba berlagak tenang.

Pandangan mata Husna terarah pada tangannya yang masih memegang sedikit lengan bajunya dilihat. Terus Uzzam lepaskan.

"Sorry. Saya tak sengaje." rambut belakang diusapnya gemuruh. Senyuman kekok dipamerkan.

Tak suka apabila mata dingin Husna terus memandang tepat ke matanya.

"Hmm.. jangan buat lagi. Saya tak suka. Duit tu.. Encik simpan sajelah. Saya tak perlukannya." ujar Husna sedikit dingin tetapi masih sopan.

Kepala diangguk sedikit tanpa pamitan sebelum dia kembali ke motosikalnya. Beg sandang di dalam raga dipakai kembali begitu juga helmetnya.

Motosikal dihidupkan dan sedikit laju dibawa Husna, motosikak itu beransur menjauh daripada kedudukan Uzzam.

Keluhan berat dilepaskan sebelum kembali ke dalam keretanya.

'Kenapa la ade perempuan dingin macam tu suka dekat aku? Haih.. tak menarik langsung.'

'Sombong.. orang dah bagi tu amik jela. Nak aku tawar tinggi lagi la tu. Dasara perempuan mata duitan.' sangka buruk Uzzam.

'Sudah la dok jeling-jeling tajam dekat aku. dia ingat die siapa? Berlagak betul. Dah la tak cantik, gemok pulak tu.. pendek.' Uzzam mengata sendiriannya.

Dia memandu hingga ke pejabat dengan bebelan di bibir. Wajah kerek Husna pada pandangannya tak dapat dia lupuskan.

Maruahnya tercabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience