lima

Romance Series 1849

"Kak Timah.. akak pasti ke Encik Zam dah tahu tentang saya suka dia?" soal Husna biasa.

Kopi ais yang dipesannya tadi disedutnya sedikit sambil mata sesekali memandang sekeliling kafe di tepi bahagian lobi syarikat itu.

"Ye la.. Husna ingat akak menipu ke? Akak sendiri yang bagitahu Encik Zam pasal Husna suka dekat dia. Lepas tu apa lagi, naik angin terus Encik Zam tu. Korang ade masalah ke?"

Fatimah bertanya musykil. Kek di pinggan nya disudu sedikit demi sedikit ke mulut menunggu bicara Husna.

Wanita berwajah ketat itu diam sebentar dan mengeluh perlahan. Dia teringatkan peristiwa pagi tadi di mana Uzzam bertutur cukup baik dengannya walaupun dengan sedikit sindiran.

'Dia berlakon je dengan aku rupanya..'

"Takde la. Mungkin sebab dia pun tak kenal saya sangat.. tibe-tibe je tahu saya suka dia, mesti dia tak selesa. Saya faham." Husna cuba tayang wajah biasa.

Nampaknya lelaki itu perlu dia tawan hatinya terlebih dahulu. Tapi bagaimana? Payahnya..

"Akak cakap Encik Zam date dengan dua orang staff die kan? Apa status mereka? Si perempuan-perempuan tu tahu tak Encik Zam cari bakal isteri?" Husna kembali menyoal Fatimah perbualan mereka tadi.

"Rasenye Encik Zam tak pernah confess apa-apapun. Dia cuba nak tengok sape yang paling sesuai dengan die nak buat bini je."

"Yang due ekor tu apa lagi, terkinja-kinja la pike dorang dapat orang atasan. Suke la tu Encik Zam bagi perhatian. Akak pulak yang menyampah."

Balas Fatimah dengan ketawa mengejek di hujung. Husna tersengih sedikit. Air kosong pula dibawa ke mulut sambil membuang pandang ke luar kaca kafe.

'Harapnya semua akan berhasil.'

Kak Fatimah yang dari tadi memandang Husna memanggil.

"Husna."

"Hmm." dia menoleh semula pada Fatimah tanpa riak.

"Akak rase akak tahu kenapa orang payah nak rapat dengan Husna. Termasuklah Encik Zam tu." terangkat kening Husna, bertanya.

"Tapi kalau akak cakap ni.. Husna jangan terase ek? Akak cuma bagi pandangan akak je.." beritahu Fatimah lagi.

Husna hanya mengangguk tidak kisah.

"First, facial expression Husna tak membantu la. Buatkan.. orang ingat Husna berlagak dan sombong. Cube senyum selalu."

"And then, you're too straight forward. Cakap tu tak berlapik, kalau kene orang yang sentap tu.. memang tak tego dah. And thirdly, your style. It's a bit boring and not up to date walaupun Husna selalu pakai sopan."

Komen Kak Fatimah cermat. Husna diam seketika sambil memandang kosong wajah Fatimah, kemudian sudah mengeluh perlahan.

"Saya.. tak boleh nak ubah."

"Dah muke saya macam ni.. nak ubah apa lagi. Tak kanlah saya nak senyum 24jam. Saya tak senyum pada semua orang tanpa sebab." jawab Husna menegakkan pendiriannya.

"Pakaian saya pulak.. saya rase itu tak jadi masalah . Walaupun saya selalu pakai pakaian yang sama dan tak bergaya macam orang lain, saya sentiasa jage ketrampilan dan kekemasan. Bagi saya itu yang penting." komen Husan lancar.

Fatimah hanya mengangguk memahami. Dia tahu Husna bagaimana, sudah dua tahun dia mengenali wanita itu.

"But you know me better kak.. saya bukan sombong. I'm just being myself. People needs to understand that including him." sambung Husna lagi.

Minuman dibawa ke mulut lagi. Penuh berkarisma.

Husna ramai kenalan tetapi kebanyakkannya tidak rapat. Hanya sekadar rakan biasa. Dan faktornya juga adalah kerana sikapnya yang dingin.

Bagaimana dia mahu bersama dengan Uzzam jika dia begitu? Sesuaikah? Muncul persoalan dalam diri Husna.

Fatimah memandang wajah anak muda di depannya. Husna bukanlah tidak cantik, dia hanya suka bersederhana dalam segala hal.

Dia sebenarnya berkenan pada Husna untuk dibuat menantu. Tetapi anak-anak lelakinya sudah berkahwin dan anak bongsu lelakinya masih belajar. Dia hanya mampu memandang.

Biarlah mereka sekadar rakan rapat sahaja buat masa ini.

Husna mengerling ke luar dan melihat Uzzam bersama Razak dan Yong berjalan mahu masuk ke dalam kafe daripada luar.

Husna menghabiskan minuman terakhirnya dan mengambil tas tangannya. Tidak tergopoh-gapah. Dia hanya berlagak biasa.

"Saya minta diri dulu la ye kak. Ade bende yang saya perlu buat. Terime kasih sudi luangkan mase." Husna membuat alasan untuk berlalu keluar.

"Ala.. dah nak pergi dah ke? Tunggu la akak habiskan kek kejap." pinta kak Fatimah.

"Ye, saye kene pergi.. maaf kak. Dan terima kasih. Assalamualaikum." Husna tak menunggu lama.

Dia bukanlah seseorang yang tidak mudah mengucapkan 'tidak' kepada orang lain. Dia bukan sebaik itu.

Lagipula Husna tak mahu Uzzam melihat dia bersama Fatimah. Pasti lelaki itu akan syak dia mempergunakan Fatimah untuk mendekati lelaki itu.

Dia tak suka jika dianggap begitu.

Ketika Husna mahu keluar dari pintu masuk, dia berhadapan dengan ketiga-tiga jejaka tadi.

Uzzam yang sembang sakan, melihat wajah ketat Husna saja hilang mood baiknya. Walaupun wanita itu yang membantunya pagi tadi.

'Mane aku ade.. die ade. Entah-entah stalk aku. Nasib baik dah nak bla.' gumam hati Uzzam. Perasan.

Uzzam berpura-pura tidak melihat Husna Walaupun pandangan mereka bertentangan tadi. Dia masih terus berbual bersama Razak.

Yong menegur Husna ketika wanita itu melintas.

"Already wanna leave ha? Ala.. you teman la I makan kejap Bella." lelaki akhir 30an cina itu menegur Husna ramah.

Majikan bahagian pengurusan kewangan itu tahu perangai Husna yang dingin serba-sedikit walaupun tidak rapat.

Hubungan interpersonal antara pekerja-pekerjanya perlu diambil berat oleh Yong selaku pengurus.

"Im sorry Sir, I can't accompany you. See you at the office later." balas Husna formal dan kedengaran tidak ramah.

Tetapi itulah caranya. Yong yang sudah terbiasa dengan perangai pekerja seorangnya itu juga tidak ambil kisah sangat dengan kedinginan Husna.

"Okay then. See you later too. Bye Bella." senyuman diberikan dan dibalas Husna dengan senyuman tipis.

Wanita itu melangkah keluar dan kembali menuju ke lif untuk ke pejabatnya.

Yong mengambil tempat di mana Uzzam duduki. Razak pula pergi membuat pesanan di kaunter layan diri.

"Yong.. Lu rapat ka sama itu amoi?" Uzzam bertanya ingin tahu.

Pelik juga apabila Yong ramah dengan Husna walaupun gadis itu beku begitu.

"Oohh itu amoi. Bella. Dia baik saja.. budak tu banyak bagus. Buat kerja semua oke." komen Yong sekilas.

Razak yang kembali membawa pesanan minuman kepada mereka terus duduk di sebelah Uzzam, berhadapan Yong.

"Tapi aku tengok lu je yang berie tego die.. die bukannnya mau layan lu pon. Baik apenye kalau macam tu. Berlagak." Uzzam komen pedas.

Tak puas hati apabila Yong memuji Husna. Entahlah, dia jadi tidak suka apabila ada orang yang memuji wanita itu.

"Haiya.. lu ni kenapa Zam? Lu ada masalah ka sama dia?" Yong sengih jahat. Minumannya dihirup sekali sebelum menyambung.

"Don't judge a person by their appearance Zam.. Itu amoi banyak bagus la. Boleh buat bini lo.. cuma itu la, Bella tu banyak susah mau dekat." sambung Yong lagi.

"Oouh pasal si Bella tu.. aku pun rase die tu okay je. Tapi macam garang sikit la. Hahaha. Kau nak taste Bella tu pulak ke?" Razak pula menyampuk tiba-tiba.

"Ish tak mau aku. Tak sesuai langsung. Not my taste!" terus saja Uzzam menafikan. Tidak suka digandingkan dengan Husna.

"Ek eleh kau ni.. ye la kan.. kau kan tengah hangat bermadu kasih asama dengan Sofhina dengan si Anis tu. Mane nak pandang orang yang biase-biase." ketawa kecil Razak di hujung katanya.

Uzzam menjeling malas. Dia tahu Razak sedang memerlinya.

"Kalau wa mau suggest lu perempuan bagus office wa, wa rase baik lu amik itu amoi." Yong menyampuk lagi.

Dia sukakan pekerjanya itu. Sebagai majikan, dia kenal Husna walaupun sukar baginya.

Orang yang tidak beri perhatian pada wanita itu memang tidak akan melihat keistimewaan Husna. Yong tahu banyak perkara juga..

"Aku dah ade calon aku sendir. Tengoklah macam mane nanti." Uzzam mengalah.

Cuba menutup topik itu. Nanti semakin banyaklah puji-pujian yang diterima gadis itu dan dia pula?

Perlu menahan telinga mendengarnya. Bosan!

'Aku berhak dapatkan yang lebih baik. Setaraf diri aku sendiri..' fikirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience