BAB 7

Romance Completed 9669

Seperti biasa,empat bulan sekali akan ada rekaan terbaru Jazz. Aqwa yang selama ini gila bayang Jazlinda segera terburu-buru keluar dari dewan kuliah. Sifat terburu-buru Aqwa itu menyebabkan Aqwa terlupa akan diari biru yag sentiasa dibawa kemana-mana.Ifti yang ingin memanggil Aqwa tidak jadi apabila melihat bayangan Aqwa sudah hilang.

Hati Ifti bagai mendesaknya agar membukadiari itu dan apabila terlihat sahaja gambar seorang perempuan yang bergaun putih menghiasi helaian pertama itu membuatkan air matanya menitis. Ternyata Aqwa sepadan dengan model yang comel itu. Bagai pinang dibelah dualah jika Aqwa digandingkan dengan model itu. Dalam diam, senyuman terukir di hujung bibir Ifti.

Aqwa sengaja datang awal kerana dia ingin mengahadiahkan Jazlinda sejambak bunga ros segar.Aqwa mahu melihat senyuman manis terukir di bibir Jazlinda. Memandangkan Aqwa orang terpenting di situ, senang sahaja dia pergi ke belakang pentas.

Namun, melalui pintu belakang pentas yang tidak tertutup rapat hati Aqwa bagai disiat-siat dengan pisau yang tajam apabila ada seorang lelaki muda yang sedang mencium pipi Jazlinda. Dan Jazlinda kelihatan gembira sekali.

" Er..er.. sir. Can you give this flowers to that beautiful fairy?," sebaik sahaja lelaki yang mencium Jazlinda itu berlalu, Aqwa memesan kepadanya,. Sengaja Aqwa berbuat begitu untuk melihat wajah cemburu lelaki itu kerana Jazlinda mempunyai seorang peminat rahsia tetapi hampa. Sebaliknya lelaki itu mengangguk dan mempamerkan senyuman manis.

" Shit!" Aqwa yang semakin sakit hati terus berlalu dan menelefon handset Marinda, gadis yang tergila-gilakannya sejak dia hadir di universiti itu. Jika Jazlinda boleh curang dibelakangnya dan mengatakan sayang hanya pada mulut, dia juga boleh buat begitu.

" Marinda, are you free tonight? If not, I will fetch you at eight." Selepas talian diputuskan, Aqwa tersenyum puas hati. Dia dayus jika memukul perempuan, tetapi dia boleh menggunakan banyak cara lain bagi menyakitkan hati Jazlinda.

"Hello Kak Ifti, see… What I had brought to you. Satu jambangan bunga ros merah yang segar lagi tu," reaksi muka Ifti yang teruja begitu jelas.

" Kak Ifti… Oo.. Kak Ifti, guess who???"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience