BAB 11

Romance Completed 9670

" Mulai saat tu, saya yakin awaklah Jazlinda. Saya jer yang buta… Sudahlah. Awak pun mesti bosan sebab dengar saya bebel. At least, saya datang nak minta maaf segala –galanya. Em, malam ni, mama nak langsungkan pertunangan Sherinaa dengan,"

" Aqwa… Dah maghrib. I rasa, tak sopan kalau orang nampak ada lelaki dalam rumah I," Diana datang mencelah perbualan Aqwa dengan Ifti.

" Oklah… saya tinggalkan kad dekat atas meja tu. Saya harap awak datang," sebelum berlalu, Aqwa sempat berpesan. Air mata Ifti mengalir laju.

**********

Ifti yang memakai baju baju kurung berwarna pich itu tidak mempedulikan orang ramai yang tertumpu padanya. Yang penting dia tak mahu Aqwa menjadi milik orang lain. Pertunangan Aqwa dengan Sherinaa perlu dibatalkan.

" AQWA, SAYA SAYANGKAN AWAK!!!" suara Ifti memenuhi ruang tamu rumah Datin Kamariah. Tetamu semua memandang tepat ke arah Ifti.

Aqwa yang berbaju melayu yang berwarna pich itu kelihatan segak terus bangun dari duduknya dan mengahampiri Ifti. Mereka seperti berjanji pula.

" Aqwa apa dah jadi ni?," Datin Kamariah menghampiri mereka. Mata Ifti yang berkaca direnung tajam.

" Maafkan saya datin, saya harap majlis ni dibatalkan. Saya sayangkan Aqwa. Saya tak nak kehilangan dia," habis sahaja Ifti bercakap, jelas Datin Kamariah mengeluh.

" Lar, mama ingatkan aper tadi. Aqwa, pujuk balik Ifti. Terangkan yang sepatutnya. Kalau Ifti menangis lagi, siaplah Aqwa," terangkat wajah Ifti kerana sangkaanya, Datin Kamariah akan memarahinya. Melihatkan wajah Aqwa yang tersenyum, Ifti mula terasa dipermainkan.

"Sori… saya tak habis cerita petang tadi. Yang nak bertunang malam ni, abang saya. Aqwa Hizbullah. Saya Aqwa Hizmani. Kad tu awak tak tengok???"

" Awak jahat!"

Melihatkan Ifti yang sudah bergerak, Aqwa menjerit dan mengejar Ifti.

" Qurratul Iftihah… Saya sayangkan awak!!" jeritan Aqwa menyebabkan suasana rumah Datin Kamariah kecoh dengan adegan Aqwa tetapi tidak dipedulikan oleh Aqwa. Ifti ternyata terpana dan berpaling.

" Qurratul Iftihah, will you marry me?" Aqwa sudah berlutut di hadapan Ifti sambil mempamerkan sebentuk cincin yang bertatahkan sebutir berlian.

" Bersaksikan langit, bulan, dan bintang..," kata –kata Ifti tergantung tetapi, melihat sahaja anggukan Ifti, Aqwa menjerit kegembiraan.

" Yes!!! Jomlah masuk dalam." pujuk Aqwa sambil tersenyum.

" Tak naklah. Ifti malu dekat semua orang.. Nak buat apa pun dekat dalam?"

" Kita tunang terus!" tangan Aqwa erat menggenggam jari Ifti.

" Apa?

‘’Tengok tu muka, dah pucat macam nampak hantu. Rileklah. Takkan nak express macam tu kalau iyapun Aqwa dah gatal merenyam nak kahwin ada karag mem besar, which is my mak belasah karang. Tapi Aqwa serius, benda elok afdal disegerakan. Kita tunang bulan depan, bulan depannya pulak kita nikah. Amacam okay tak?’’ tanya Aqwa.

‘’Amboi, sejenis yang tak sabar! Ni nak diet pun tak sempat. Alamantnya kantoi perut buncit atas pelamin nanti.’’ Balas If bergurau disambut dengan gelak tawa Aqwa.

Si ibu, Datin Kamariah yang sedari tadi hanya melihat itu cuma mampu memanjat kesyukuran dalam hati kerana anaknya bakal menemui kebahagiaan dan bertemu dengan orang yang tepat.

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience