BAB 10

Romance Completed 9670

Perlahan-lahan, Ifti membuka matanya yang semakin jelas. Kepalanya masih berpinar.

" Lar, mimpi ker. Patutlah… dulu ibu dah pesan jangan tido time senja," tawa Ifti dalam diam.

Matahari di luar sudah terbenam dan Ifti yang melayan perasaan terkejut apabila ada seorang lelaki yng segak membawa dulang makanan ke arahnya. Pucat muka Ifti melihat lelaki itu. AQWA!

Ifti yang perasan dengan kehadiran Aqwa segera menutup matanya. Dia tidak mahu disakiti lagi. Cukuplah selama ini Aqwa menghiris hatinya.

" Ehem… Ifti… saya tahu awak pernah terluka selama ni. Kehadiran saya membuatkan awak ceria kembalikan? Diana yang cerita dekat saya.," Aqwa jelas kedengaran berat untuk meneruskan ayat seterusya.

"Siap kau Diana lepas ni… Buat malu aku je." jerit hati Ifti

" Jangan pulak awak marah dekat Diana. Saya yang merayu dekat dia sampai dia serba salah."

" Sah mamat ni ahli nujum.." hati Ifti masih keras sambil memjamkan matanya. Semua kata-kata Aqwa dibalas dalam hati sahaja.

" Awak tahu tak… saya cemburu bila nampak Hafizul cium awak. Ternyata saya masih orang baru sebab adik awak sendiri pun saya tak kenal waktu tu. Sebab tu lah malam tu, lepas saya paskan bunga tu dekat adik awak, saya terus suruh Marinda bersiap dan saya jadikan dia umpan untuk awak sakit hati. Saya fikir, kalau awak boleh curang, saya boleh buat juga," air mata Ifti mengalir lantas sengaja badannya dipusing membelakangkan Aqwa.

" Saya tahu segala-galanya sebaik sahaja majlis malam tu tamat. Adik awak datang tumbuk saya dekat belakang pentas dan terangkan hubungan dia dengan awak. Dia bagi amaran agar jauhi awak. Saya menyesal yang amat sangat…" Aqwa mengambil nafas agar dia boleh menjelaskan segala-galanya.

" Lepas tu saya cari awak merata-rata. Agensi syarikat awak pun tak tahu awak pergi mana. Saya pujuk Diana tapi dia pegang pada janji. Dia suruh saya cari sendiri. Mungkin awak perasan saya ada ponteng kelas sebulan kan. Saya demam panas.Tapi saya teguhkan hati dengan mengatakan awak sentiasa hampir dengan saya sebab saya sentiasa merasai kehadiran awak dalam kelas. Sepanjang ketiadaan awak, saya tertarik dengan perlakuan seorang perempuan yang agak skema dalam kelas tu. Dia ada satu habit sama dengan Jazlinda. Bila dia gubra atau tak yakin bila nak cakap, dia akan belai dan main dengan rambut dia sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience