BAB 2

Romance Completed 9669

Matanya belum rabun apabila Adam melintas bersama seorang gadis dengan kereta protonnya di tempat perlumbaan mereka. Mereka memang sengaja mencari nahas.

Kaki Ifti terpaku di hadapan bilik yang terakhir. Suara gelak-tawa yang jelas kedengaran sehingga keluar menampar gegendang telinga Ifti.

"Ifti jom baliklah," ajak Faiz setelah mendengar suara Adam dan seorang perempuan di dalam bilik itu.

Ternyata, Ifti ingin selesaikan masalah itu dan perlahan-lahan, pintu bilik yang tidak berkunci itu ditolak.

Kedua-dua lembaga yang sedang bercumbuan itu tergamam. Adam yang berada dalam keadaan mengaibkan itu cepat-cepat menyarungkan pakaiannya dan mengejar Iftihah. Begitu juga dengan gadis di sebelahnya.

"Wait, If…If… dengar dulu penjelasan aku," Adam cuba membela diri.

"Ini ke balasan aku setia pada kau? Suara Ifti sudah bergetar.

"Tak… tak, sebenarnya aku sunyi If. Kau sering tolak ajakan aku walaupun aku puas merayu dan kau tak pernah layan aku macam pasangan yang lain," suara Adam bernada hampa.

Sebaliknya pula bagi Ifti kerana baginya harga diri itu penting dan jangan harap orang lain boleh mengambilnya sesuka hati. Hati Ifti semakin mendidih.

" If… maafkan aku. Kita berbaik ok? Aku… aku sayangkan," tangan Adam yang memegang bahunya itu terasa sangat jijik dan belum sempat Adam menghabiskan ayatnya terus dihayun satu penumbuk yang padu mengenai pipi Adam. Dalam keadaan yang tidak bersedia menyebabkan Adam terjatuh.

" Apa ni If?" Adam terjerit kecil. Faiz yang melihat memegang pipinya kerana terasa seperti ditumbuk juga.

" Maruah dan harga diri aku tak serendah tu walaupun aku ni kalau dilihat pada luarannya tak macam perempuan," kendur sahaja suara Ifti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience