BAB 8

Romance Completed 9669

" Shh.. Slow your voice. Kan akak dah cakap, bila akak ader show, call me Jazlinda,"

" Ups… sorry… Fizul pergi dulu yer.." Ifti hanya menggeleng dan tersenyum sendiri.

Penemuan gambar dalam diari pada tamat sesi kuliah tadi pun sudah membuatkannya gembira. Inikan pula pemberian ros segar itu. Dalam banyak-banyak bunga yang diterimanya, jambangan ros segar yang tertera nama Aqwa itu diletakkan di tempat yang terbaik. Sebelum bersiap sepenuhnya, Ifti sempat mencium bunga-bunga ros merah itu.

Dengan penuh yakin, Ifti melangkah dengan penuh gaya bagi menutup acara terakhir pada hari itu Ifti tampil dengan baju kebaya kainnya diimport khas dari Brunei dan berkualiti tinggi. Sewaktu tiba di hadapan pentas seperti biasa, Ifti akan membuat posing yang sesuai.

Namun, hampir tercabut biji matanya apabila melihat Aqwa sedang berkepit dengan Marinda, gadis seksi jurusan art. Mujur Ifti tidak mudah melatah. Tanpa disedari, sebelum berpusing, Ifti memberikan'flying kiss' kepada Aqwa. Mata mereka bertentang.

Mata Ifti penuh deagan rasa sedih yang menggunung namun berlainan pula dengan mata Aqwa yang penuh dengan kemenangan kerana berjaya menyakitkan hati Jazlinda.

" Diana, hari tu kau ada tanya aku pasal nak sambung kontrak denagan syarikat ni ke tak kan. Aku dah buat keputusan, aku stop kat sini jer. Habis jer study aku tahun ni, aku nak further study. Sorry tak dapat penuhi impian kau. Pesan dekat Jazz, thanks for everythings. Aku tak boleh nak tunggu sampai majlis ni habis betul-betul, aku ada emergency ni. Pasal gaji aku,next time jerlah aku datang ambil," Ifti yang sememangnya menunggu masa untuk menghamburkan tangisannya terus berlalu dan menukar baju.

" Bodohnya aku kerana percaya lelaki lagi. Sepatutnya aku tahu, lelaki buaya macam dia akan sentiasa mencari mangsa. Kenapa? Kenapa bila aku bagi kesetiaan, balasan ni yang aku dapat?," sambil berlari meninggalkan hotel lima bintang itu, mata Ifti ternyata sudah berkaca dan Hafizul yang memanggilnya sejak di lobi lagi tidak dihiraukan. Telefon bimbitnya pula dimatikan. Biarlah hari ini dia melupakan segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience