BAB 4

Romance Completed 9669

" Apa kurangnya aku ni?," belum terjawab persoalannya , Ifti menumbuk cermin tersebut. Darah mengalir di celah-celah jarinya. Darah yang mengalir tidak dihiraukan. Hatinya lagi pedih dan sepeti disiat-siat.

"Jangan ganggu aku!!!" Ifti yang sedang serabut mencampakkan handsetnya ke dinding dan habis berkecai isinya.Radio yang menghiasi kesunyian pagi itu dihentak ke bawah dan habis terburai segala objek dalamannya.

" Kenapa aku???" Ifti ternyata hilang kawalan. Adam merupakan orang pertama yang hadir dalam hidupnya dan orang kedua kesayangannya selepas ibu bapanya meniggal dunia. Helmet yang dipegangnya dihantuk ke dinding kemudian dilemparkan ke atas meja solek seperti boling dan semua barangan kacanya jatuh berkecai. Punah semuanya!

" Pergi mampus kau dari hidup aku!" helmet yang disayanginya itu dibaling tepat kea rah pintu dan terbelah dua. Iftihah terduduk….." Ibu… helmet If dah pecah…"

3 TAHUN KEMUDIAN…

Ifti termenung melihat kelibat Aqwa yang tergesa-gesa keluar dari dewan kuliah. Ternyata Aqwa mempunyai karisma yang tersendiri sehingga Ifti terpikat dengannya. Tiga tahun Ifti mengubati hati yang lara dan ketika itulah Ifti sentiasa tertarik dengan kehadiran Aqwa.

Sejak tragedi itu, Ifti tidak lagi menceburi dunia lumba haram. Namun, gayanya masih seperti dulu Cuma sengaja dia menambah spek pada wajahnya agar dia kelihatan skema dan tidak ada orang yang mengacaunya.

Sebaik sahaja Ifti keluar, kereta Viva hitam sedia menunggunya. Diana yang bergaya kelihatan di dalam kereta tersebut.

" Diana, kaulah sahabat sejati aku dunia akhirat," bisik hati kecil Ifti sebelum melangkah kea rah kereta itu.

Aqwa duduk di meja tempahan paling hadapan memandangkan dia memegang syer yang agak besar di dalam syarikat itu. Sejak setahun yang lepas, syarikat Jazz itu mempunyai seorang model yang mampu menggetarkan jiwanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience