BAB 1

Romance Completed 1591

" Lees rasa hidup ni sempurna bila ada segalanya. Lagi-lagi ada Amal yang selalu ada bila Lees perlu. Amal adalah segala-galanya bagi Lees." BalLees Irdina seorang gadis yang punya segalanya. Dialah yang pertama, dialah yang penting. Dan dialah yang selalu dimanjakan.

Amal memandang sinis kepada Lees. Rasanya apa yang Lees katakan tadi tak betul. " Lees, tak semua orang macam hidup senang macam kita Lees. Lagi satu, Amal bukanlah segalanya bagi Lees. Lees masih ada Allah. Kita masih ada Allah. Please, jangan cakap macam tu."

" Betul jugak apa Amal cakap. Sorry, for what I've said just now. " Lees mula merenung pada pemandangan indah dihadapannya kini. Pemandangan ibu kota Kuala Lumpur pada waktu malam memang cantik.

Amal banyak mengajar Lees tentang kehidupan yang sebenar. Terlampau banyak yang Amal beri tunjuk ajar sampaikan Lees tak dapat nak tebus. Amal yang telah selamatkan Lees daripada terjebak dalam kumpulan lelaki yang jahil agamanya.

Amal bukan seorang yang alim. Tapi, dia cukup berpegang teguh terhadap agamanya, Islam. Amal yang bawak Lees jauh daripada kelab-kelab malam dan air setan yang sentiasa menunggu untuk diminum oleh manusia. Lees berterima kasih atas segalanya.

Kalau dulu Lees pakai baju macam tak cukup kain sekarang ini Lees dah berpakaian sempurna. Dah bertudung. Tidaklah selabuh tudung ustazah tapi dia berubah sedikit demi sedikit. Kukunya tak lagi berwarna-warni macam pelangi. Semuanya kerana dia mahu ke jalan yang benar.

Lees sanggup botakkan rambut dia untuk buang semua rambut yang dah berwarna seperti besi karat tepi pub tu hah. Malah, dia jarang bersolat semasa bergaul dengan kawannya. Tapi sekarang semua itu sudah tiada. Dia mula solat sepenuhnya,bersujud kepada Allah. Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience