BAB 6

Romance Completed 1591

Cepat-cepat dia keluar dari bilik airnya. Tertera nama Amal. Segera dia angkat panggilan daripada Amal. " Assalamualaikum, Amal." Lees mulakan bicaranya.

" Waalaikumussalam Lees. Hmm, Lees tak ada kuliah ke hari ni? Puas Amal tunggu dekat bawah ni. Babah dengan mama Lees dah pergi kerja. Tinggal Amal je dekat bawah ni. " Amal mula menyoal Lees. Sebenarnya, hari ni dia nak hantar Lees pergi kolej. Tapi, Lees tak turun-turun.

" Hah?! Amal dekat bawah? Hmm, tunggu kejap. Lees turun." Lees gegas pergi ke arah pintu biliknya. Macam terlupa sesuatu. Apa ya? " Ahhh, kau gila ke apa Lees ! Takkan nak turun berkemban macam ni. Teruk!" Lees bergerak ke arah almarinya. Mana-mana baju dicapai dan terus siap bertudung.

Saat dia melangkah menruruni tangga, dia dapat melihat Amal tengah menunggunya dengan sabar. Amal tengah baca surat khabar. Entah surat khabar bila dia baca tu. Setahu dia, takkan ada surat khabar baru pada hari yang baru.

" Lees ! Hmm, patutlah tak pergi kuliah. Muka pucat. Ingat mayat hidup mana tadi. Tercampak surat khabar tu." Amal menunjukkan surat khabar yang dah melayang depan tv tu hah. Penakut! Sejujurnya, Amal memang takut pada hantu

Walaupun dia banyak tahu tentang agama, tapi imannya masih tidak kukuh. Dia tetap takut pada hantu. Amal kembali duduk di sofa. Lees pulak duduk di sofa yang lain.

Amal risau dengan keadaan Lees. Bibir dah tak ada rupa bibir. Pucat sangat. Jadi, Amal bawak Lees pergi klinik. Lepas dapat ubat, mereka terus pulang. Takkan nak jalan-jalan pulak. Lagi bertambahlah pening Lees. Doktor cakap Lees demam panas. Jadi, dia dapat mc seminggu.

Amal siap hantar Lees sampai naik bilik. Tapi, dia biarkan Lees jalan depan dia. Takkan nak pegang Lees pulak. Anak dara orang tu. Kalau dah kahwin, mahu si Amal tu dukung Lees. Tapi, dia sabar. Iman masih kuat untuk tepis nafsu yang datang. Astaghfirullah.

Sampai di pintu bilik, Amal pesan sesuatu dekat Lees. " Dah Lees tidur dulu. Amal dah bagitahu Babah yang Lees demam. Jangan lupa makan ubat tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience