BAB 11

Romance Completed 1591

Amal sudah menyangka yang bukan-bukan sekarang ini. Dia pergi ke rumah Lees tadi. Rupanya, dia nampak Lees keluar dari rumahnya. Dia nak tahu juga kemanakah Lees pergi. Ternyata, Lees pergi juga berjumpa dengan Zia. Sedih.. Pedih hati Amal dibuatnya.

Amal geram. Dia gegas pergi ke arah meja Lees dan Zia duduk. " Lees ! Apa ni semua?! Awak cakap awak sakit, tapi ni yang awak buat. Saya percayakan awak Lees. Awak tipu saya semata-mata nak jumpa lelaki ni!" Deraian air mata Amal membuatkan dia tak sanggup berdiri di situ lama-lama. Amal segera keluar daripada restoran itu.

Semua mata kini tertancap kepada mereka berdua. Satu restoran dengar apa yang diteriakkan oleh Amal tadi. " Amal! I can explain, Mal!" Lees bingkas bangun dan mula mengejar Amal. Sebelum dia beredar dari situ, dia sempat berkata " Thanks, Zia. Sorry, I can't accept you."

" Kenapa Lees buat Amal macam ni? " Rintih Amal. Dia kini ada dibiliknya. Amal cuba menenangkan fikirannya. Setiap panggilan dan mesej daripada Lees semua dia tidak jawab. Semua dia tidak balas. Malas nak layan Lees.

Amal tak pernah jatuh cinta sampai begini sekali. Apa sahaja dia sanggup buat demi Lees. Lees ialah cinta pertamanya. Mungkin bukan jodonya, fikir Amal lagi.

" Amal, angkatlah. Lees tak ada apa-apalah dengan Zia. Amal..." Dah berkali-kali Lees cuba telefon Amal. Tapi, satu panggilannya pun tidak diangkat. Lees betul-betul rasa bersalah. Dia tak berniat untuk menyakitkan hati Amal. Tapi, hanya menunaikan janjinya sahaja.

" Ahh, macam mana ni... Lusa nak tunang. Takkanlah tak jadi. Amal, janganlah buat Lees macam ni." Lees merungut lagi. Dia tak suka bila berada dalam keadaan begini. Dia mahu Amal. Amal yang selalu ceriakan hari-harinya.

" Ting, tong..." Loceng rumahnya berbunyi. Amal meninjau di luar rumahnya. Tak nampak pulak kelibat siapa yang datang rumahnya. Dia mengeluh. Sebenarnya, dia mengharapkan Lees datang kerumahnya tapi itu semua tak mungkin kerana Lees ada orang lain. Tebaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience