BAB 8

Romance Completed 1591

" Err, Lees. Janganlah marah. Saya nak tahu lebih lagi pasal diri awak. Maybe, kita boleh lunch sama-sama sekarang. Lagipun, tengok awak lapar je kan. Hehe." Zia melemparkan senyuman manisnya. Senyuman yang mampu menarik minat ribuan gadis.

" Lunch? Together? Ermm, sorry Zia. Saya ada lunch dengan orang lain. Hah, dah lambat ni. Assala...mualaikum." Lees membetulkan lipat tudungnya. Dah makin serabai. Lagi-lagi tengah rimas dengan perangai Zia.

" Tapi, Lees !" Laungan Zia tak menghalang Lees daripada terus laju berjalan menuju keluar dari bilik kuliah. Dia gegas ke parkir kereta. Cepat-cepat enjin dia hidupkan dan berlalu dari kolej itu. Tadi, dia dah call Amal yang dia nak lunch sama. Jadi, mereka sama-sama menuju ke Cafeteria Anjung.

" Amal, there's something I want to tell you." Lees takut-takut nak pandang muka Amal. Sebelum dia cakap dengan Amal sempat lagi dia bagi lolipop Chupa Chups untuk Amal. Amal hanya akan makan lolipop Chupa Chups saja. Dia tak nak yang lain. Picky!

" Apa bendanya yang Lees nak cakap? Cakaplah... Amal dengar ni." Amal memandang kembali Lees. Khusyuk sangat nak bukak plastik lolipop dia tu. Dia setia menunggu apa yang Lees nak cakap.

" Hmmm, kalau Lees cakap jangan marah eh?" Amal dekat sebelah terangguk-angguk dengan lolipopnya yang disumbat ke dalam mulut. Selepas menerima anggukan daripada Amal dia teruskan kembali apa yang terbuku di hatinya.

" Zia ajak Lees makan malam hari ni. " Lees tunduk. Tak berani nak tengok reaksi Amal bila dia berkata begitu. ' Jangan marah, jangan marah....' Pinta hati Lees. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya dan membuka mata perlahan-lahan.

Amal dah berkerut dahinya. Nak bercantum keningnya. Kerut sangat tu! Amal menarik keluar lolipopnya. " Apa? Zia ? Budak yang selalu tegur Lees setiap habis kuliah tu eh? Hmm, tak boleh cancel ke?" Nampak macam tak puas hati muka Amal. Cemburu la tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience