BAB 12

Romance Completed 1591

Amal melangkah malas menuruni tangga rumahnya. " Siapa pulaklah yang datang ni. Haih.." Amal membuka pintu perlahan. Dia menjengah keluar. Meliar matanya ingin mencari orang yang datang. Tiada sesiapa pula dapat dilihat.

Matanya kini tertumpu kepada kotak yang berada dihadapan kakinya. Dia menunduk untuk mengambil kotak itu. Ringan. Apa ya isinya? Amal membuka dengan penuh tanda tanya. " Lolipop? " Dia mengambil lolipop itu.

Lolipop dengan sebuah kertas berwarna merah jambu diselitkan ditepi kotak itu. " Kertas apa pulak ni? Buat suspen jelah. " Dia meninjau sekali lagi. Mungkin ada yang sedang memerhatinya. Mungkin juga orang yang mengirimkan kotak itu ada di hadapannya. Tapi, tiada juga.

Dia membuka lipatan kertas dengan penuh debaran lalu membacanya. " ASSALAMUALAIKUM, AMAL. Mungkin coretan yang saya tulis ini boleh menggantikan apa yang ingin saya luahkan. Amal, saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada untuk awak. Saya sayang awak. Jauh sekali kalau saya curang dengan awak. Apa yang berlaku sebelum ini hanyalah salah faham. Saya nak awak tahu yang awak cinta pertama saya dan yang terakhir buat saya. Saya hanya untuk awak Amal."

" Lees... Lees ? Awak ada dekat sini ke?" Amal tahu ia adalah Lees. Cuma sampai sekarang Lees tidak munculkan diri. Hampa. Amal tunduk. Menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Lees. Mungkin dia terlampau bawa emosinya. Dia yang tak mahu mendengar penjelasan daripada mulut Lees.

Malam itu Amal memandang sahaja hantaran yang tersusun elok di ruang tamu rumahnya. Teringat dia pada Lees. Bagaimana dia ingin berhadapan dengan Lees sedangkan Lees tidak munculkan diri sejak petang tadi. Dia pun ada cuba untuk menelefon Lees. Malah, sekarang Lees pulak yang tidak menjawabnya.

" Amal, tengok dekat luar tingkap sekarang!" Satu mesej diterima oleh Amal. Amal segera meninjau keluar tingkapnya. Ahh, indahnya malam itu. Rupa-rupanya Lees membuat satu kejutan untuknya. Di laman rumah Amal, kini terdapat gubahan kuntuman bungan ros merah yang mengatakan I Love You!

" Saya cintakan awak, Amal!" Amal cepat-cepat turun daripada biliknya. Dia segera ke halaman rumahnya. Berlari dia menuju ke arah Lees. " Lees !" Laju Amal mendekati diri Lees. Lees memberikan senyuman yang indah buat Amal.

" Eh, jangan peluk dulu! Kita baru nak bertunang bukan nak kahwin terus esok. Haha." Lees menahan Amal daripada terus berlari menuju ke arahnya. Gaya Amal macam dah lama tak jumpa bini. Rasa nak peluk kuat-kuat je si Lees tu.

Ahhhh, lena Amal tidur malam tu. Mana tak lena. Lees hadiahkan sekotak lolipop Chupa Chups untuk Amal. Memang gembira petala kelapan lah kan. Amal bahagia punya kekasih yang faham akan dirinya. Faham bahawa hatinya selalu sensitif. Kuat merajuk. Tapi protektif.

" Walaupun Amal tak seromantik lelaki lain tapi Amal nak Lees tahu bahawa Amal bahagia dapat isteri seromantik Lees. Muah sikit!" Amal mencium pipi gebu isterinya. Lees lena dalam pelukan suaminya. Suaminya yang manja, yang suka menggedik dihadapannya. Lees sayang Amal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience