BAB 2

Romance Completed 1591

Akmal Hakim seorang insan yang sempurna dimatanya. Teringat kembali kisah hitam dia dahulu. Dia malu untuk berhadapan dengan Amal pada mulanya. Dia jijik dengan dirinya sendiri.

" Ah! Aku tak nak lah! Jangan kacau aku boleh tak?! Erghh!" Lees menolak-nolak lelaki yang sudah mengelilinginya sekarang. Tetapi, semuanya mengendahkan apa yang Lees cakap. " Kau nak jerit kuat mana jeritlah. Sini tempat sunyi. Tak ada siapa boleh tolong kau. Hahahaha" Tawa jahat buatkan Lees lagi takut.

" Lepaskan akulah! Aku benci kau!" Seorang lelaki daripada kelompok itu mula menyentuh-nyentuh kulit mulus Lees. Rambut Lees diselakknya kebelakang telinga. Bibir Lees disentuh perlahan dengan jari telunjuknya. " Ahh! Let me go!"

Lees meronta-ronta minta dilepaskan. Yang ada hanyalah teriakan semata-mata. Malang, tiada sesiapa yang tahu Lees diheret oleh jantan-jantan tak guna ke lorong sepi tu. Lengan baju Lees yang macam lidi nipisnya dileret ke bahu.

Sebelah lagi lengan bajunya juga dileret ke bahu. Tangisan Lees makin kuat. Sepakannya makin lama makin lemah. Dia tak terdaya. Mana taknya empat orang menahan seluruh tubuhnya daripada bergerak. " Shhh... Sayang jangan nangis... Abang nak sikit je...." Lelaki itu tersenyum.

Makin lama makin dekat bibir lelaki itu kepada bibir kecil Lees. Laju tangan Lees menepis mukanya. Entah dari mana Lees dapat kekuatan untuk menepis lelaki itu. " Garangnya... Janganlah macam ni..." Lelaki itu tersenyum lagi.

Kepala Lees diusap-usap oleh lelaki itu. " Lepaskan akulah!!!" Lees menjerit sekuat hati. Lalu, Dengan tidak semenanya bahadian baju Lees dikoyakkan. " Jangan buat aku macam ni. Janganlah!" Lees meronta lagi. Belum sempat lelaki itu ingin menciumnya lagi, tiba-tiba terjahan yang kuat menimpanya.

Aksi sepak terajang semuanya keluar. Semuanya disaksikan oleh Lees. Lees yang tengah lemah di dinding lorong yang busuk dengan bau arak itu tidak tahu buat apa. Dia mahu sahaja lari tetapi badannya lemah.

" Jangan kau berani kacau dia lagi, setan!" Semua jantan yang tak guna tu blah dari situ. Takut hendak berlawan lagi. Sakit! Pemuda itu mendekati Lees. Dia tak sanggup melihat Lees lama-lama. Dia memandang ke arah lain sambil menghulurkan tangannya ke arah Lees.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience