9

Romance Completed 10864

Aku segera berlari ke atas bagi menolong Nadira. Aku cuba untuk membuka pintu tetapi berkunci. Aku mencuba sedaya upaya untuk membuka pintu rumah Tok Ketua

" Pottt !!! Kau bukak pintu ni Pott !!!! Pott !!!!! Kau jangan apa apa kan Nadira Pot !!!!!! " jerit aku dari luar rumah

" Awakkk !! Tolong saya awkk !!! Ya Allah !!!! " jerit Nadira

Aku segera menendang pintu denga sekuat hati. Selepas tendangan ke tiga baru pintu itu terbuka. Aku segera menerpa Emy dan menolaknya. Aku langsung tidak memandang ke arah Nadira. Sementara itu Nadira sudah lari dan duduk di hujung bucu rumah sambil berpeluk tubuh berselimutkan kain langsir yang direntapnya.

Berlaku pergelutan diantara aku dan Emy. Kami berbalas tumbukan dan sepakan. Sehinggala Emy memukul aku menggunakan pasu bunga di bahagian kepala. Sungguh kepala aku sakit saat itu tetapi aku kuat diri dan menghalang Emy dari melarikan diri. Berbekalkan ilmu seni pertahankan diri yang aku belajar aku berjaya memengsan Emy. Aku mengambil tali yang diguna untuk mengikat langsir lalu mengikat Emy.

Aku bergerak menghampiri Nadira yang sedang meraung sambil berbungkus menggunakan langsir

" Nadira ?"

" Awakkk, kenapa semua ni jadi ? Kenapa dia jadi macam tu ? Kenapa dia buat macam ni dekat saya ? Maruah diri saya di pijak oleh dia awk. Saya dah tak suci. Dia dah melihat sebahagian dari tubuh saya yang bukan miliknya !! " Nadira kembali menangis dengan teresak esak.

Aku sudah tidak mampu untuk berkata apa. Badan terasa melayang dan kepala mula terasa berat. Suara tangisan Nadira semakin sayu kedengaran, kepala aku mula terasa sakit. Darah mengalir dengan laju tanpa henti. Akhirnya aku tumbang dan tidak sedarkan diri.

" awakkkk !! " jerit Nadira

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience