3

Romance Completed 10864

" Assalamualaikum Opah, oooo assalamualaikum. Opahhhh where are you know ? Opah dekat dalam ka kami dekat luaq " jerit Acu sambil melilau mencari Opah.

" apa Acu panggil Opah macam tu. Buatnya Opah keluar kang dia balas Yes Im Here, Why You All So Noisy Noisy haa ? Tebeliaq mata sat gi hahahahahhaha " Acu dan Along sudah ketawa besar apabila terbayang apa yang baru diperkata oleh Along.

" Opah ada dekat bendang kot. Biasa la dia kan waktu laguni, mana nak duduk dekat ghumah."

" Alongg, kenapa loghat Kedah hang lawak sangat Acu dengaq ? Hahahhahahahahahha " Acu semakin geli hati apabila mendengar loghat Kedah Along.

" hang toksah dok buat leceh dengan Along. Loghta Kedah hang sama ja dengan Along. Mengalahkan oghang duduk pedalaman." Kata Along sambil mencubit dagu Acu.

" Aduhh, sakit la Long. Tau la dagu Acu ni lawa. Dengki la tu dengan dagu Acu "

" Ehh tolonggg sikit, tengok dagu la. Takde makna Along nak dengki " kata Along sambil menunjuk dagunya kepada Acu.

" Elehh. Ehhh " Tidak jadi Acu menyambung ayatnya apabila kelibat Ezamir mula kelihatan.

" Assalamualaikum Along, Mia. Baghu sampai ka ? Opah kluaq pi pekan sat, beli baghang dapoq dengan Pak ngah " kata Ezamir, teman rapat kepada Acu dikampung. Ezamir rupakan anak jiran sebelah rumah Opah. Oleh sebab itu dia begitu rapat dengan keluarga Opah.

" Waalaikumussalam Mir. Apa khabar ? Patut la dari tadi si Mia ni terjerit jerit panggil Opah tapi takde yang nyaut. Ingat Opah dekat bendang." Balas Along

" ehh mana ada Acu jerit jerit. Acu panggil Opah tadi sopan je ok " bela Acu

" haa tula Banglong, ada dengaq tadi suagha oghang teghiak panggil Opah tadi. Siap pakai dialek oghang putih tu " tambah Ezamir untuk mengusik Damia.

" ishh, suka kenakan orang. Dah la malas kawan " balas Damia sambil berjalan menuju ke pondok di bawah pokok rambutan dan duduk disitu sebagai tanda merajuk dan wajahnya dipaling menghala ke bendang di tepi pondok.

" gi la pujuk dia Zamir oii, dengan Zamir kang mudah sikit hati dia lembut. Dengan Banglong ni susah sikit dia nak lembut."

" mintak diri sat nah Banglong " kata Ezamir meminta izin dari Along.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" baghu ja jumpa, dah buat muka lagu tu." Kata Ezamir sambil duduk disebelah Damia. Damia hanya membiarkan sahaja kata kata Ezamir.

" Mir mintak maaf laa, kot kot Mir ada buat salah dengan Mia. Mir melawak ja."

" Mia oo Miaa, Mir dah pakai dialek kl dah ni. Takkan tak faham jugak apa hat Mir kata. Nak buat lagu manakan oghang dah tak sudi nak sembang dengan kita. Maklumla dekat Kl sana nuh ada ghamai hak molek molek. Kita ni apa ja yang ada. Takpa aihh, Mir balik dulu la."

Damia hanya membiarkan sahaja Ezamir pergi tanpa melihat Ezamir. Damia baru sahaja terfikir ingin merajuk lebih lama kerana ingin melihat sejauh mana Ezamir sanggup memujuknya, tetapi alih alih Ezamir pula yang merajuk.

" Acu, Along nak keluar kejap ni. Nak gi jumpa Arman. Acu tunggu la Opah balik ye " jerit Along.

" Nak ikut. Taknak tinggal sorang " balas Acu sambil berlari anak mendapatkan Along.

" Kalau Acu ikut nnti Opah pelik pulak tengok ada beg dekat tangga tu. Acu tunggu jela Opag balik. Along nak jumpa kawan Along la. Mana boleh Acu ikut."

" habistu ? Acu nak tinggal dengan sapa dekat sini ? Bosan la kalau sorang sorang " rengek Acu

" Ezamir kan ada. Ehh hilang dahh. Bukan tadi dia teman Acu ke ?" Kata Along sambil mencari kelibat Ezamir

" dia dah balik sebab Acu tak layan dia tadi "

" hmm kan padan muka. Jual mahal sangat kan dah kena tinggal. Dah duduk sini sorang sorang. Along gerak dulu. baii " kata Along lalu memboloskan diri ke dalam kereta dan menghilang dari pandangan Acu. Acu kembali ke pondok dan memandang ke arah bendang.

" dah sejam dah tunggu sini, mana Opah ni. Lamanya pergi Pekan. Ni beli barang ke buat barang " Omel Acu

" ohh engkau sejuk meletop.."

" hahahahahhahahahahhahaha " Ezamir sudah ketawa apabila mendengar latahan Damia

" apa ni Mir, terkejut la Mia. Dah la sejuk. Dia ni kan saja la nak menyakitkan hati " marah Damia sambil mengerutkan keningnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience