10

Romance Completed 10864

" Assalamualaikum, ya Allah cucu Opah. Awat sampai jadi laguni ?" Kata Opah sebaik sahaja memasuki wad dan menerpa ke arah Along yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. Opah mengusap ngusap dahi dan pipi Along sambil menangis. Kepala Along dibalut dengan kain putih dan rambutnya dicukur sedikit bagi memudahkan untuk dijahit akibat dipukul oleh Suhaimi.

" Nadira mintak maaf Opah. Sebab Nadira, Hanif jadi mcm ni." Nadira sudah teresak esak menangis sambil menggenggam jari jemari Opah.

" dak aihh, bukan salah hang pun Nadira. Opah dak pernah salahkan hang atas apa hat jadi. Opah tau, hang pun mangsa keadaan " balas Opah sambil mencium kepala Nadira. Sungguh dia tidak sangka Suhaimi sanggup melakukan perkara begitu.

" doktor cakap Hanif hilang bnyak darah Opah. Keadaan dia lemah sangat." Kata Nadira

" kita doa la supaya dia cepat sembuh, moga Allah permudah urusan dia " tambah Ummie, ibu kepada Nadira

Suhaimi, Abang Ji dan beberapa lagi budak kampung telah dibawa ke balai dan akan dibicara pada 15 haribulan ini. Suhaimi didakwa dibawah Seksyen 376 (3) /511 Kanun Keseksaan atas cubaan merogol yang memperuntukkan hukuman penjara dari 10 tahun hingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan manakala yang lain dibawah seksyen 375 B kerana bersubahat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 hari kemudian Along sedar dari komanya.

" Opahh, Opahh " itu perkataan pertama yang keluar dari bibir Along sebaik sahaja dia sedar.

" Along, BangChik ni. Opah takde, dia balik dgn Abah tadi " balas BangChik bila mendengar suara Along. BangChik segera menggenggam tangan Along dan melihat kearah muka Along

" Alhamdulillah Along dah sedar. Syukur Ya Allah " tambah BangChik. Along masih lagi berada dalam keadaan separa sedar.

" kejap eh Along, BangChik panggil Doktor." Bangun berlalu meninggalkan Along dan mencari Doktor.

" Alhamdulillah, keadaan abang awk sudah semakin stabil. Tekanan darah dia juga sudah kembali normal. Kami akan melakukan pemeriksaan ke atas kepala dan kalau tiada apa apa abang kamu boleh keluar dalam masa 2 3 hari lagi " terang Doktor kepada BangChik.

" ok doktor, terima kasih " kata BangChik kepada doktor. Sebaik sahaja doktor keluar Bangchik melakukan sujud syukur. Sungguh dia bersyukur kerana tiada apa yang teruk berlaku kepada abangnya.

" Assalamualaikum " laju saja Opah masuk ke dalam wad dan menerpa ke arah Along sambil mencium Along.

" cucu Opah dah sedaq, Alhamdulillah ya Allah. Cucu Opah " kata Opah sambil menangis.

" Opah, Along ok je la. Opah ni drama kuat la " tambah Along sambil tersengih

" drama hang kata. Hang tau dak hang tak sedaq nak dekat semingghu. Ghisau tau dak ? Hang buleh kata aku drama ? Betuah punya cucu " bebel Opah sambil menampar lengan Along. Mereka yang ada di dalam bilik sudah terlegak melihat Opah.

" Assalamualaikum "

Semua tertumpu ke arah pintu dan susuk tubuh seorang wanita mula menjengah ke dalam bilik wad.

" Waalaikumussalam " serentak mereka yang berada di dalam bilik menjawap.

" ehemm " abah berdehem lalu berkata

" Abah turun bawah kejap ye. Lapar pulak tak makan lagi ni. Gembira sangat tadi dengar anak Abah dah sedar."

" betul tu, ibu pun lapar jugak ni. Jom Bah kita gi "

" haa kalau gitu kami semua pun nak ikut jugak. Lapar ni " kata Kaklang seraya memandang adik beradik yang lain. Mereka semua membontoti Ibu dan Abah turun ke Cafe Hospital.

" bincang elok elok. Opah tughun sat nah " bisik Opah ke telinga Along. Along hanya tersenyum.

" Nadira, Opah tughun sat nah. Nak tengok apa apa hat buleh isi dalam peghut " kata Opah kepada Nadira kemudian keluar dari bilik dan menutup pintu bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience