12

Romance Completed 10864

Seminggu sebelum majlis pertunangan Nadira dan Suhaimi, Hanif ada berjumpa dengan Nadira kerana ingin memberitahu bagaimana sikap Suhaimi. Niatnya kerana tidak ingin Nadira terseka dikemudian hari.

" Ira, Anep nak cakap sikit boleh tak ?"

" yeke cakap sikit ? Entah entah banyak."

" haa ok la, takde la sikit sangat. Banyak la jugak tapi tak la bnyak sangat "

" Apa Anep ni, berbelit belit cakap " Nadia tergelak kecil mendengar ayat Hanif

" ok macam ni, sebenarnya Anep tak suka la Ira nak bertunang dengan Tot "

" aikk, kenapa tiba tiba ?" Soal Nadira

" Anep kenal siapa Tot tu. Ira, Tot tu kaki judi ira. Dia tu kaki mabuk. Anep dah bnyak kali nampak dia berjudi ke pusat judi Cina di Pekan. Anep dah bnyak kali jugak terserempak dengan dia dengan perempuan depan motel bila malam. Dia pun dah banyak langgan..." belum sempat Hanif menghabiskan ayatnya satu penampar hinggap ke mukanya. Sungguh perit dan berbisa Hanif rasakan.

" Ira tak sangka la yang Anep akan gunakan cara kotor ni untuk dapatkan Ira. Anepp !! Anep sedar tak Suhaimi tu bakal suami Ira. Ira dah kenal dia lama dari Anep. Ira tau siapa Suhaimi tu. Dia takkan buat semua benda tu."

" Saya cakap perkara betul Ira, yes i love you. I love you so much. Tapi saya takkan gunakan cara yang kotor untuk dapatkan awk. Saya taknak awk menyesal dikemudian hari. Saya nak selamatkan dari Suhaimi. Dia tu jahat Ira. Dia tak layak untuk awk "

" kalau nak dibandingkan dia dgn awk. Dia lagi layak dari awk. Saya tak sangka la Hanif, awk sanggup reka cerita pasal Suhaimi mcm tu sekali. Entah entah awk yang buat semua benda tu and awk nak tuduh Suhaimi ? Yela, awakkan budak bandar. Mesti dah biasa dengan semua benda tu kan. Arak, perempuan, judi, tu kan semua permainan awk. Takpe la Hanif, saya nak awk dengar sini, mulai hari ni awk dan saya tak pernah kenal antara satu sama lain and saya menyesal sebab ada kawan macam awk Hanif !!" Nadira terus berlalu meninggalkan Hanif.

" Hanif kenal Suhaimi lebih dari yang Ira sangka." kata Hanif perlahan sambil melihat Ira berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience