6

Romance Completed 10864

Kini sudah hampir 2 tahun Along tinggal dengan Opah dan sudah hampir 2 tahun jugalah Along berkawan dengan Nadira. Makin lama hubungan mereka jadi semakin rapat dan sedar tak sedar Along sudah menaruh hati kepada Nadira. Wanita yang sangat sopan dan baik budi pekertinya.

Cara percakapan yang sopan serta keayuannya menguatkan lagi hati dan perasaan Along bahawa suatu hari nnti dia akan memperisterikan Nadira

" aku kena luahkan jugak apa yang aku rasa ni. Sampai bila aku nak pendam ? Sampai bila aku nak main tarik tali dengan perasaan sendiri ? Kau kena terus terang dengan dia harini jugak!! Tak kira walau apa pun " tekad Along.

" apa yang diomelnya ? Dari tadi Ira tengok terkumat kamit mulut tu " soal Ira kepada Along

" ehh Ira, takde ape pun. Ni tengah pening ni, pagi tadi ayam tu betina ni bila tengah hari dia tukar jadi jantan " kata Along sambil menggaru kepalanya yang tidal gatal.

Ira sudah tergelak kecil apabali mendengar jawapan dari Along.
" senang betul ye dia main tukar tukar jantina. Pagi betina lepas siang dia jadi jantan nnti kalau malam, dia jadi apa ?" Soal Ira lagi. Hanya melayan kepala gila gila Along

" Sajat " laju sahaja jawapan itu keluar dari mulut Along. Ira tidak dapat menahan diri dari ketawa apabila mendengar jawapan spontan dari Along.

" dia ni kan, kalau dilayan makin menjadi jadi ye." Balas Ira manakala Along pula hanya tersengih seperti kerang busuk

" ni Opah ada kirim makanan " kata Ira sambil menghulurkan bekas makanan kepada Along.
" and lagi satu Ira ada something nak bagi tau dekat awk ni " sambung Ira lagi. Belum sempat Ira memberitahu apa apa tiba tiba sahaja Along menjawap.

" i love you to " balas Along sambil melihat wajah Ira

" ishh dia ni kan. Suka la main main " marah Ira

" laa, bukan ira ada cakap I love you ke tadi ?" Gurau Along. Ira sudah membuka muka geram.

" sorry sorry, haa apa dia ?" Soal Along

" Ira nak nak awk kosongkan jadual awk 15 haribulan depan."

" nak suruh masuk meminang 15 haribulan depan ?" seloroh Along lagi

" ishh dia ni kan " Ira sudah menapar bahu Along kerana geram dengan jawapan yang diberi. Along sudah ketawa melihat reaksi Ira.

" sakitnya dia tampar, aduhh." Adu Along sambil menggosok bahunya

" yela yela, ada apa Rabu ni ?" Soal Along

" Bulan depan ni ada orang nak datang meminang Ira lepastu sekali gus dengan tunang sekali "

Tersedak Along apabila mendengar apa yang diberitahu oleb Ira. Merah padam muka Along jadinya

" meminang ? Bertunang ? Sejak bila Ira ada pakwe ?" Soal Along keliru

" hmm tula awk tak tau, sebenarnya saya dengan Suhaimi anak Pak ngah Harun tu dah lama berkawan. Dulu saya dengan dia satu tempat belajar. Dan 4 tahun hubungan kami serius and in sha Allah kalau takde aral melintang 15 nnti ni kami bertunang " terang Ira panjang lebar

" Suhaimi ? Yang budak kampung panggil Pot tu ke ?" Soal Along

" haa dia la "

" laa Pot ke. Pandai nya korang berdua, senyap senyap je eh. Tau tau nak bertunang dahh. Congrat " balas Along sambil tersenyum. Senyuman yang dihadirkan bagi menutup seribu satu rasa sedih dan perit. Tapi Along tau, perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan. Mungkin ada hikmahnya disebalik semua ini. Dia redha dengan ketentuan Ilahi.

Dalam masa yang sama Along memanjatkan beribu ribu kesyukuran kehadrat Ilahi kerana membuatkan Nadira bahagia serta dapat bersama dengan pilihan hatinya dan dia bersyukur kerana Allah menguatkan kesabaran dalam dirinya dari jujur kepada Nadira kerana jika itu berlaku sudah pasti perkara itu akan membuatkan Nadira rasa bersalah serta hubungannya dengan Nadira mungkin akan retak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience