7

Romance Completed 10864

Kini hanya tinggal lebih kurang 5 hari saja lagi sebelum majlis pertunangan Nadira dan Suhaimi. Semua persiapan sudah dibuat. Menurut Ira semua sanak saudaranya akan pulang ke kampung pada hari Jumaat kerana semua masih bekerja.

" caghi apa tu Long oii ?" Soal Opah apabila melihat Along dari tadi seperti tercari cari sesuatu.

" telefon Along Opah. Lupa la letak dekat mana " jawap Along.

" laa hang pun Long oii, awat cemeghekap sangat. Nihh, tadi hang pi mana ja ?"

" pergi kedai lepastu pergi rumah tok ketua tolong apa yang patut lepastu.., Allahu Opah. Telefon Along ada di pondok dkt bendang." Kata Along sambil menepuk dahinya.

" Along pi bendang sat nah Opah " kata Along sambil menuju ke pintu

" hang jangan dok buat kalut la Long oii. Esok esok pi la ambik, hang dah solat maghrib dak ni ? " larang Opah.

" sempat lagi ni Opah, lagipun Along nak kena masukkan data sikit. Nak pakai phone. Along pi sat nah ? Sat jaa, tadi lagi dah Along siap solat. " pinta Along

" hmm yela, hati hati nah. Bawaq lampu suloh Opah hat ni. Teghang sikit cahaya dia. Lagi satu toksah lalu jalan besaq. Hang ikut jalan belakang, selamat " pesan Opah.

" ok Opah " along segera mengambil basikal Opah dan mengayuh menghala ke bendang. Seperti yang dipesan Oleh Opah, Along mengikut jalan belakang kerana lebih selamat.

Sampai sahaja di bendang Along pelik kerana tidak silap dia telah menutup lampu di pondok sebelum balik tadi, tapi kenapa lampu tu menyala. Bendang Opah terletak dihujung kampung dan tiada siapa akan lalu disini apabila maghrib ke atas.

" mungkin aku lupa kot nak tutp tadi, sedangkan phone pun aku lupa nak ambik. Inikan pulak lampu " katanya untuk menyedapkan hati. Dia berjalan secara perlahan untuk ke pondok kerana tidak nampak apa apa. Hanya menggunakan lampu suluh Opah untuk mecari jalan menuju ke bendang.

Sampai sahaja dibendang dia sungguh terkejut dengan apa yang dilihat melalui lobang pondok dan apa yang didengarinya. Suhaimi , abang Ji (abang kepada Nadira ) serta beberapa lagi orang kg sedak bergembira bermain judi sambil meneguk arak.

" Ya Allah, betul ke apa yang aku lihat ni ?" Katanya di dalam hati. Kesemua mereka sudah berada didalam keadaan yang sangat mabuk. Along hanya memerhati dan mendengar perbualan mereka.

" hang kasi tau apa dekat Ummie hang Ji sampai dia percaya yang hang dok buleh balik ghumah malam ni ?" Soal salah seorang budak kg kepada Abang Ji

" aku cakap la yang aku dengan Suhaimi akan ke masjid dekat pekan sebab ada majlis ilmu and aku akan tido dekat masjid malam ni. Tu yang Ummie aku percaya. Aku petik je nama budak Pot ni confirm lepas. Dia kan bakal menantu kesayangan mak aku." Balas Abang Ji sambil tergelak.

" bila hang bukak topik pasai menantu ni kang, aku dak puas hati sunggoh dengan cucu si Opah tu. Pasaipa dia duk kalut rapat semacam dengan Nadira ? Aku gegham sunggoh la " marah Suhaimi.

" hmm, dorang tu memang kawan la. Kawan je, tak lebih dari tu " balas Abang Ji

" dah hang habaq lagu tu, takpa aihh. Tapi, aku nak bukak satu game dengan hang. Amacam ?" Soal Suhaimi kepada Abang Ji

" game apa ?" Soal Abang Ji semula

" kalau hang menang game ni kira semua hutang hang dengan aku langsai, habiss, kosong. Tapi kalau aku hat menang, aku nak adik hang malam ni juga. Takpa la, laguni. Hang kalah pun hutang hang semua langsai tapi adik hang still kena jadi hak aku malam ni jugak " tawar Suhaimi.

Sungguh Along terkejut apabila mendengar apa yang dikata oleh Suhaimi. Sungguh darah Along menyirap sehingga dia rasa seperti mahu membelasah mereka semua tapi niatnya itu ditahan. Dia harus mendengar dan memerhati apa yang akan dilakukan oleh mereka semua.

" woo woo woo, apa kau merepek ni ha ? Bukan adik aku akan jadi hak kau jugak ke nnti ?" Soal Abang Ji.

" dak, masalah dia la ni cucu Opah si Anep tu la. Dia dengan Nadira rapat sungguh aku tengoq. Jadi, andai kata aku dapat adik hang malam ni dah sah sah dia akan jadi milik aku sampai bila bila dak ? Nak ka taknak ka dia tetap kena khawin dengan aku, betui dak ?" Terang Suhaimi

" betuii betuii " sokong mereka yang lainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience