BAB 1

Romance Completed 2202

“Hoi! Kau buta ke main langgar-langgar pulak!” jerkahku kepada seorang lelaki yang tetiba sahaja melanggar aku sewaktu aku tengah berdiri dicafe.

“Maaf saya tak sengaja.” Ujarnya dengan nada tergagap-gagap kerana terkejut di jerkahi.

“Banyak kau punya tak sengaja aku punya tercongok kat situ kau tak nampak, eh kau ni nak makan penumbuk aku ke.” Ujarku dengan nada yang agak tinggi kerana terlalu marah. Bodoh punya orang buta ke apa!

“Rish dahlah tu jom kita pergi dari sini malulah orang tengok awak marah lelaki tu.” Ujar Ersya kerana malu aku berkelakuan seperti gangster di kafe. Ni lagi sorang gangu je, nasib baik sepupu aku kalau tak dengan engkau – engkau aku bagi makan penumbuk.

“Nasib kau selamat hari ini, tapi lain kali kalau aku jumpa kau lagi siap kau. Kau paham tak!” Ugutku.

“Erm, baiklah dan sekali lagi maaf.” Balas lelaki itu.

Selepas berkata begitu aku dan Ersya terus beredar dari situ dan kami pulang ke Aparment kami yang dihadiahkan oleh papa dan mamaku sempena ulang tahunku yang ke-20.

“Rish kenapa awak marah lelaki tadi tu kan dia tak sengaja.” Soal Ersya tapi aku hanya buat endah tak endah kerana aku malas berbicara tentang hal tadi.

“Erisha Iyura awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?” Soal Ersya kembali kerana aku tidak menjawab apa yang disoal tadi sambil memanggil nama penuhku.

“Dah memang salah dia, siapa suruh dia langgar Erisha Iyura memang silaplah.” Ujarku dengan nada yang agak bongkak.

“Ish, awak ni Rish, awak tu kan perempuan muka je lawa tapi perangai awak macam gangster tau tak, macam mana lelaki nak dekat dengan awak. Bila la awak nak berubah.” Bebel Ersya kerana dia memang tak suka peranggai aku yang satu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience