BAB 3

Romance Completed 2202

Aku dah agak dah, mesti mama call aku pasal benda ni.

“Mama Yura dah ada boyfriendlah.” Tanpa memikir panjang aku terus menjawab soalan mama.

“Ha, biar betul kalau macam tu bawa boyfriend kamu jumpa dengan mama.” Pinta mama.

“Eh, mamakan sekarang ada dekat London macam mana mama nak jumpa boyfriend Yura.” Soalku.

“Itu kamu tak payah risau lagi sebulan mama dan papa akan balik Malaysia so nanti kamu jangan lupa bawa dia jumpa mama, bye, assalammualaikum.” Tanpa sempat aku menjawab salam, mama terus mematikan panggilan.

Meskipun sudah seminggu telah berlalu sejak insiden mama telefon aku, tapi hati aku masih dihambat rasa runsing bagaimana aku ingin membawa teman lelaki aku berjumpa dengan mama sedangkan teman lelaki pun aku takda takkan aku nak bawa member lelaki aku jumpa mama kot sebab sah-sah mama kenal semua kawan lelaki aku yang dah macam jembalang dan tenggiling tu.

“Ersya macam mana ni lagi 3 minggu lebih je mama dengan papa aku nak balik dari London kalau aku tak bawa boyfriend aku jumpa mama confirm mama aku terus paksa aku kahwin dengan anak kawan dia tu,macamlah kau tak kenal mama aku kan.” Ujarku dengan perasaan yang sedikit bimbang. Kalaulah betul mama aku buat macam tu mahu haru hidup aku.

“Apa susah awak carilah sesiapa yang sudi menyamar jadi teman lelaki awak.” Balas Ersya memberi cadangan untuk aku.

“Ha! Gilalah siapa je yang sudi nak menyamar jadi teman lelaki aku.” Ujarku dengan nada yang agak tinggi kerana terkejut dengan idea yang diberikan olehnya. Adoi ai, takkan aku nak buat macam tu kot, tapi kalau aku tak buat habislah aku.

Sedang aku berbaring didalam bilikku sambil memikir cara menyelesaikan masalah yang timbul tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Tanpa melenggahkan masa terus membuka sms dan membacanya.“ Hai dear, kau tengah buat ape to?“ soal si pengirim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience