BAB 8

Romance Completed 2202

“Sayang bila abang nak memperisterikan sayang maknanya abang sudi terima segala kekurangan dan kelebihan sayang dan abang juga akan berusaha merubah sayang walaupun hanya sedikit ok.” Balasnya.

“ Terima kasih abang sebab sudi terima yura seadanya. yura pon nak abang tahu yang sebenarnya yura dah jatuh cinta kat abang masa kita jumpa kat kafe hari tu.” Luahku sambil tersenyum malu.

“Tak sangka yang yura boleh jatuh cinta kat abang. I love you sayang. Jom kita tidur abang ngantuklah dari tadi asik buat sesi soal jawab ni.”luahnya sambil tersenyum dan menarikku dalam pelukkannya. Malam itu kami bersama-sama melayari bahtera perkahwinan bersama-sama.

10 Tahun Kemudian

“ Sekali lagi aku nampak kau usik Erax kucing aku, aku belasah kau cukup-cukup faham.” Jerkah seorang budak perempuan kepada seorang budak lelaki.

“Sayang” aku merasa ada seseorang memelukku dari belakang ketika aku di taman di hadapan rumahku dan aku hanya tersenyum.

“ Sayang tengah tengok apa tu.” Soal Araynn Arash iaitu suami tercintaku.

“Tu tengok apa yang yuna tengah buat.” Balasku sambil menunjuk kearah yang di maksudkan.

Yuna atau nama penuhnya ialah Eriqa Iyuna adalah hasil daripada perkahwinan kami.

“Erm, perangai macam mama dia jugak ni mesti keturun ni.”Ujar Rash sambil tersenyum dan terus melarikan diri.

“Ish, jahatlah abang ni.” Balasku sambil mula mengejarnya.

“Papa dengan mama kalau nak main kejar-kejar bukan depan yuna ok.” Ujar anakku. Aku dan suami berhenti daripada adegan kejar mengejar dan kami semua gelak dengan gembira bersama-sama. Sayang, mama harap adalah orang macam papa yang sanggup memperisterikan kamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience