BAB 7

Romance Completed 2202

“Eh, peliklah hari tu awak reject saya jadi girlfriend awak dan tetiba hari ni kita dah kahwin. Sebenarnya awak nak apa dari saya ni?” Soalku kepada suamiku yang baru menikahiku tadi, ketika kami berduaan didalam bilik.

“Sayang apa yang nak di pelikkan. Abangkan dah jadi suami sayang. Hari tu abang tolak sayang daripada jadi girlfriend abang pasal abang nak yura jadi isteri bukan jadi girlfriend abang.” Terang suamiku.

“Owh, macam mana awak tahu yang saya bakal jadi isteri awak dan saya rasa macam penahlah tengok muka awak ni.” Ujarku.

“Sebenarnya mula-mula mama abang yang paksa abang kahwin dengan anak kawan dia iaitu yuralah sebab mama kata perangai yura macam gangster bila abang dengar macam tu lagilah abang tak nak, tapi lepas tu mama ada tunjuk gambar yura kat abang dan abang terus jatuh cinta kat yura. Mestilah yura pernah tengok abang sebab masa tu abang ada terlangar yura kat kafe. yura ingat tak?”

Ha, jadi dialah budak yang aku marah dulu omg.

“Awak ni pelajar kat universiti yang sama dengan saya ke tapi saya rasa saya baru nampak awak dua kali?” Soalku. Eh, tak pernah dibuat orang malam pertama mengadakan sesi soal jawab.

“Taklah sebenarnya abang saja je datang universiti tempat yura belajar tu sebab nak tengok yura lah. Tapi tak sangka pulak boleh jumpa yura kat kafe dan abang sengaja langgar yura sebab abang nak tengok yura punya gangster.” Terangnya sambil ketawa.

“Abang juga nak yura tahu yang Qayy tu kawan baik abang masa kat university dulu dan bila kami graduate kami dah tak jumpa lagi sampailah abang jumpa dia kat kafe dengan yura. Lepas yura pergi dari kafe tu kami terus berborak, abang tak sangka yang Qayy tu ada adik secantik yura dan abang cerita semuanya kat Qayy.” Terangnya sambil tersenyum.

“ Jadi awak tak kisahlah ada isteri yang perangai seperti gangster.” Soalku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience