BAB 6

Romance Completed 2202

“Ha, boyfriend ma. Erm..” aku dah tak tahu nak kata apa lagi.

“Mama dah agak dah yura mesti bohong mamakan.” Ujar mama sambil tersenyum tapi senyum ada makna. Apa mama nak buat ni janganlah dia cakap nak kahwinkan aku pulak.

“Yura mama dan papa dah fikir masak-masak kami nak kahwinkan yura dengan anak kawan mama tu and no excuse ok.” Terang mama dan di atas keterangan mama tu telah membuat mulutku terlopong. Oh, tidak !!!

Hari ini merupakan hari perkahwinan aku dengan lelaki yang aku tak kenal dan yang aku tahu namanya ialah Arash. Huh, sampai hati mama kahwinkan anak mama ni dengan tah mamat manalah.

Entah- entah muka dia macam mamat bangla tak. Hui, takutlah tapi kalau macam No Minwoo takpe gak. tapi mana ada Minwoo lagi kat Malaysia ni yang aku jumpa hari tu pun reject cam tu je.

“Rish dah siap tu jom turun bawah akad nikah dah nak mula ni.” Ujar Ersya. Erm, bismillah jelah. Setelah aku tiba di bawah tok kadi menghampiriku untuk aku menandatangani surat nikah. Aku dapat tengok bakal suami aku tapi dari belakang jelah.

“Aku terima nikahnya Erisha Ixura Binti Erfan dengan mas kahwinnya RM 5ribu di bayar tunai.” Sekarang tibalah upacara pembatalan air sembahyang.

“Assalammualaikum isteri abang.” Ujar suamiku. Aku hanya jawab dalam hati saja. Ersya di sebelahku telah menolak-nolak bahuku.

Setelah lama aku berdiam diri akhirnya aku mendongakkan kepala untuk melihat suamiku dan tiba-tiba aku dilanda satu perasaan iaitu perasaan terkejut. Alamak cam ne budak muka cam Minwoo ni boleh jadi laki aku, ke aku ni salah pandang. Aku terus memandang suamiku tanpa kata seperti baru melihat sesuatu yang pelik.

“Sayang jangan tengok abang macam tu malulah depan orang ni.” Kata-kata suamiku menyedarkan aku dari terus memandang wajahnya. Aku tengok muka dia dah macam udang kena bakar, merah hahaha dan aku tengok sekeliling semua orang memandangku sambil tersenyum-senyum dan akhir sekali aku pun sama jadi malu. Baru hari pertama kahwin aku dan buat perangai pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience