BAB 2

Romance Completed 2202

“Dah perangai aku sejak azali lagi macam ni nak buat cam mana, kau tunggu jelah suatu hari nanti insyallah adalah lelaki nak kat aku, kau jangan risaulah dan orang tu boleh cuba ubah aku atau terima aku seadanya ok..” Balasku dengan panjang lebar dan aku terus berlalu masuk kedalam bilik kerana aku sudah bosan untuk terus mendengar bebelan Ersya.

Ersya Medina a.k.a Ersya ialah sepupu aku, mamanya dan papaku adalah adik beradik. Aku dan Ersya sebaya tetapi perangai kami sangat jauh berbeza bagai langit dan bumi, walaupun bergitu kami sangat rapat.

Ersya seorang yang ayu bertudung dan aku pakaian, perangai, gaya rambut dan lain-lain semuanya seperti lelaki. Sejak kecil aku dibesar macam lelaki dan aku selalu membuat aktiviti lelaki kerana papaku mahukan anak lelaki tetapi dapat perempuan sebab tu aku dibesarkan macam lelaki.

Sedang aku berdiri di rak buku di perpustakaan baru aku sedar sudah sebulan berlalu kejadian di cafe dan aku tidak berjumpa dengan lelaki itu lagi. Tiba-tiba hanfonku berbunyi nyaring mengeluarkan lagu penyanyi kumpulan korea yang kuminati iaitu kumpulan Boyfriend dan tanpa melengahkan masa aku terus menjawab tanpa melihat pemanggil yang tertera.

“Hello, assalammualaikum Iyura ni mama ni.” Ujar si pemangil. Dengan segera aku melihat nama si pemanggil tapi tiada hanya nombor yang tertera ni mesti mama aku tukar nombor baru ni.

“Erm, hello..waalaikumusalam mama. Mama tukar nombor baru ke, kalau Yura tahu memang Yura tak angkat.” Jawabku kembali tapi dengan nada yang agak perlahan.

“Apa kamu cakap Yura?” soal mama kerana kurang mendengar apa yang aku kata kan barusan.

“Eh tak Yura cakap mama tak penat ke asik tukar nombor je, pening orang nak call mama nanti.” Balasku.

“Owh, tak adalah..Mama call ni nak suruh Yura kenal dengan anak kawan mama. Lagipun Yura belum ada boyfriendkan.” Ujar mama dengan panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience