BAB 8

Romance Completed 8608

Ya.. memang ada tetamu rupanya.Tapi tamu yang datang errr.. kenapa mamat yang aku benci tu !! Nazrul Daniel? Rancak benar dia berbual-bual mesra dengan papa dan mama.

Isyy. kenapa dia ada kat sini? Seribu persoalan singgah di kotak fikiranku.Ingin sahaja aku melemparkan handbag aku ni padanya.Berani dia datang lagi rumah ni lepas apa yang dia dah buat pada aku dulu? Papa ..mama.. dengarlah rintihan hati anakmu ini.Dulu lelaki jahat ni pernah binasakan hati anak kesayanganmu ini.

Kenapa sekarang kalian boleh berbual bermesra dengan lelaki jahat ini? Namun aku tidak berdaya meluahkan apa yang dipendam.Ingin sahaja aku muntahkan kata makian padanya .

Namun mengenangkan dia seorang tetamu tambah lagi ada papa dan mama,jadi tidak manislah dipandang bukan? . Selamat kau lelaki !

“ Hana ..duduklah sini berbual-bual dengan tetamu kita ni.Mama dan papa nak pergi dapur sekejap.Nak siapkan makanan tengah hari ni” .Mama berdalih. Sejak bilalah papa ni rajin ke dapur.Pelik benar.Tanpa banyak bantahan aku segera menuruti .

“ Haa. Kenapa datang sini lagi? Awak tak malu ke?

“ aku merendahkan nada suaraku serendah yang mungkin,khuatir didengari mama dan papa.

“ Salah ke saya nak melawat keluarga mertua saya? Dan salah juga ke saya nak jumpa tunangan saya

“.. Nazrul menjawab.“ Apa awak mengarut ni?.Awak nak melawat ke nak apa ke awak punya suka.Tapi bukan di sini ye.Kami tiada kaitan langsung dengan awak“ .Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku.

“ Siapa kata takda kaitan? Saya tunang awak.Awak tunangan saya. Papa dan mama awak keluarga mertua saya? Itu pun takde kaitan ke?” Dengan nada yang sedikit keras Nazrul membalas.

“ Awak ni dah gila talak ye? saya tak pernah terima mana-mana pinangan. Tambah-tambah lagi pinangan dari awak! Memang tak mungkin lah.” Suara aku sedikit kuat sehingga membuatkan papa dan mama keluar dari dapur.

“Hana lupa ye.? Hana pernah cakap pada mama untuk terima mana-mana dan siapa-siapa sahaja yang meminang Hana pada 11.11.11 kan? So.. Nazrul yang masuk meminang hari tu.Jadi mama dan papa terima sajalah” .Mama menerangkan panjang lebar.

Bagaikan ingin gugur sahaja jantungku ketika itu apabila mengingat kembali hajat yang aku sampaikan pada mama.Ini semua angkara si Shazila.Jika tidak aku menyahut cabarannya hari tu takdalah aku kini bergelar tunangan lelaki yang aku benci ni.

Mama kemudian menerangkan apa yang berlaku terhadap Nazrul tempoh lalu.Barulah aku tahu yang rupa-rupanya Dania saja mahu mengenakan aku dan Nazrul. Dia ingin melihat perhubungan aku dan Nazrul hancur.Semua ini berlaku kerana sikap iri hatinya terhadap aku yang berjaya memiliki cinta Nazrul.

Sebenarnya Dania telah lama meminati Nazrul namun cintanya tidak mendapat balasan.Jadi Dania mengambil keputusan untuk menganiaya Nazrul dengan meletakkan sedikit dadah di dalam minuman Nazrul sehinggakan mereka boleh tidur sekatil pada hari itu.

Kicauan burung menemani petang kami .Indah sungguh pemandangan di kaki bukit ini.Sungguh tenang dan mempersonakan.Nazrul Daniel memeluk erat pinggangku kemudian mengucup pipiku seraya mengucapkan lafaz

“ I love u” di telingaku.Aku kini bahagia menjadi suri dalam hidupnya.Kini perasaan benci aku pada jejaka bernama Nazrul Daniel bertukar menjadi sayang .Malah menjadi semakin sayang semenjak dia kini sah bergelar suamiku.Sesungguhnya tarikh 11.11.11 meninggalkan sebuah kenangan yang amat manis buat diriku dan akan terpahat dalam lipatan diari cinta kita.

THE END …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience