BAB 5

Romance Completed 8608

Lokasi : Jusco Tebrau City Johor Bahru.(Pizza hut)

“ Kau makan dulu lah Hana,aku nak pergi toilet jap.. memulas-mulas pulak perut aku ni.Bahana makan tomyam semalam lah ni”.Shazila membebel sendiri.

Aku hanya mengangguk sahaja.. Seronok juga melayan kepala gila si Azhar tunangannya Zila ni.

Ye.. sesuai sungguh mereka disatukan ..dua-dua kepala gila. Hihi.. hatiku tertawa kecil.Sedang asyik menjamah potongan-potongan pizza mataku teralih pada sesusuk tubuh yang amat aku kenali.

Lantas aku segera paut lenganku pada lengan Azhar. Aku tahu dia sedang merenungku. Biar.. aku ingin dia tahu aku kini hidup bahagia bersama kekasih hati aku.Ya.. aku ingin jejaka yang bernama Nazrul Daniel itu tahu aku boleh bahagia meskipun aku tidak bersamanya.

Biarpun hanya lakonan semata-mata.Azhar lantas mempamerkan reaksi peliknya. Kenapa lah tiba-tiba dia ni duk peluk-peluk aku. Gila apa minah ni.. aku jangka begitulah apa yang Azhar fikirkan.

Shazila kembali daripada toilet. Habis sudah sisa-sisa toksid dari perutnya barangkali ..Fikirku. Aku menceritakan peristiwa tadi kepada Shazila.Dia hanya tertawa sahaja.. Dia menyakatku dengan mengatakan kenapa tidak saja aku cium tunangannya tadi.Serentak kami tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience