BAB 2

Romance Completed 8608

Sungguh aku amat menyayanginya.Namun kecurangannya pada aku membuatkan aku sungguh kecewa.Teramat kecewa.Dalam usaha untuk melupakannya aku pupuk rasa benci terhadapnya kerna aku tahu dengan cara begitu lah aku dapat melupakan dia.

Walaupun terkadang aku seperti ingin memiliki semula cintanya.. Tapi segera aku kikis perasaan bodoh itu.Dia jahat .Amat jahat sekali.

Lantas fikiran aku menerawang jauh terkenang kisah lalu. Saat itu aku baru pulang dari kerja.Nazrul sudah berjanji untuk ambil aku pulang dari kerja dan terus teman aku pergi tengok Nur Kasih The Movie.Hampir 1 jam menunggu dia tak muncul2 .

Aku rasa macam nak mengamuk je.Sudah la aku telefon dia beribu-ribu kali tapi tak berjawab.Mesej jangan harap la nak dapat balasan.Dalam marah-marah aku sebenarnya aku risau juga.Sapa tak sayang boyfriend woo.. Dibuatnya dia terbalik jatuh gaung ke.Tergelincir kat bilik air ke kan.Minda jahatku meneka dengan ligatnya

.Segera aku bergegas ke rumahnya dengan menaiki teksi.Amat pelik sekali aku rasa,jantungku berdegup amat kencang.Sekencang tsunami yang melanda Jepun Mac 2011 yang lalu barangkali.

Sampai sahaja di rumahnya aku terpandang sepasang kasut perempuan.Degupan jantungku semakin kencang.Aku meluru sahaja masuk kerumahnya.Ya..rumahnya tidak berkunci.

Segera aku ke biliknya.Seperti wartawan melodi dalam segmen Terjah aku menerjah bilik Nazrul.

Alangkah terkejutnya aku seperti ingin gugur sahaja jantung aku ketika itu.Aku tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat Nazrul bersama seorang perempuan.Kelihatan seperti Nazrul amat letih sekali sehinggakan aku menerjah biliknya dia masih tidak sedarkan diri.Huh ! terlalu penat ya !

Tidak cukup dengan kekecewaan itu aku amat kecewa sekali apabila perempuan yang aku temui sekamar dengan Nazrul adalah teman rapatku sendiri,Dania..huh ! tegarnya kalian mengkhianati aku. Bermula hari tu aku nekad untuk menjauhkan diri dari mereka.Nazrul dan Dania ..Takku sangka dalam diam kalian menjalin cinta di belakang aku.Ungkapan maaf takkan sesekali aku utarakan pada mereka..Aku nekad .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience