BAB 7

Romance Completed 8608

On the way pulang ke kampung

Lokasi Batu Pahat,Johor

Malas rasanya nak drive balik kampung ni.Kalaulah bukan sebab mama kol suruh balik sebab ada hal mustahak katanya .Takadalah aku nk start enjin kereta Myvii Pink aku pagi-pagi macam ni.Dah lah aku terpaksa cancel tiket Filem Ombak Rindu petang ni.. penat-penat saja booking semalam.Kempunan lah aku aku tengok jejaka idaman aku Aaron Aziz .. Takpelah demi mama. Balik saja lah ye.

Perjalanan aku hanya ditemani siaran radio Era.fm.Pagiku dihiasi dengan pelbagai lagu-lagu yang memang sensasi dan hot giler.Sesuailah dengan jiwa aku yang muda ni.. hihi. Muda ke? Tahun ni sahaja aku sudah menjangkau 26 tahun.Muda lagu lah tu kan.. bergetah lagi ok.

Dendangan lagu Jar Of Hearts dari Christina Perri memecah gegendang telingaku. Sambil menyanyi-nyanyi kecil melemparkan bait-bait lirik lagu yang menjadi antara lagu yang kerap kali menghiasi bilik airku tatkala mandi tiba-tiba deringan dari handphone merah jambuku mengalih perhatianku.

Nombor yang tidak kukenali itu lagi yang terpapar di skrin.Aku angkat sahaja. Sebab aku pun tak sure sama ada benarkah nombor itu milik jejaka yang ku benci,Nazrul Daniel.Mungkin juga tidak.

“Hello my pretty fiancée.U tengah drive ke?nanti kita jumpa okey.!” . Suara misteri memulakan perbualan. Aku terkedu seketika. Siapa dia ni..Macam mana dia boleh tahu aku tengah drive? Fiancée? Erk? Bile pulak lah aku jadi tunangan dia ni.
“ Yupp.sorry ok. Wrong number

“ .Aku menamatkan perbualan.Pelik-pelik sahaja .Nak mengarut dengan aku pun janganlah time aku tengah drive ni.Karang accident langgar divider jalan ke ,terjunam dalam gaung ke.. Tak ke arwah aku yang balik nanti. Isyy..simpang malaikat 44.

Sampai sahaja di rumah aku agak terpinga-pinga apabila melihat ada sebuah kereta Toyota Camry berwarna hitam tersergam megah di halaman rumah.Siapa datang? Papa beli kereta baru ke?bermacam-macam andaian singgah di mindaku.

Sebelum keluar dari perut kereta Myviiku aku membetul-betulkan shawl bewarna merah jambu yang ku kenakan .Berpadananlah dengan baju kurung bewarna putih berbunga-bunga kecil merah jambu yang kupadankan.Selepas memastikan semuanya beres aku bersedia keluar dari kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience