BAB 6

Romance Completed 8608

Selepas berjaya menyelesaikan misi memilih baju pengantin Shazila dan Azhar,kami mengambil keputusan untuk pulang. Namun aku mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki teksi sahaja kerana aku ingat nak pergi mencari beberapa buah novel untuk dibaca kalau ada kelapangan.

Tidaklah mahu aku menyusahkan Shazila dan tunangannya menunggu aku di kedai buku tu sebab aku kalau hal pilih novel memang berjam lah kan . Jadi aku mengambil keputusan untuk pulang sendirian.Lagipun aku saja mahu bagi peluang mereka berdua-duaan. Dari tadi kelihatan aku seperti seorang penyibuk sahaja .. hahaha..

Aku menunggu di depan pintu lif. Buka sahaja pintu lif aku meluru masuk.Tanpa aku sedari ada jejaka yang amat aku benci turut sama di dalam perut lif bersamaku.Memang tak boleh lari lah kali ni.Terpaksa menghadap sahaja dia. Lantas dia menegurku

“ Hai cik Rihana Maisarah.. seorang saja?mana si dia?

“ Nazrul menegurku .

“ Ohh.. tunang saya? Dia ada ..dia.. errr ..pergi toilet sekejap” aku menjawab dengan tergagap-gagap.

“ Pergi toilet pun bawa kereta keluar ye? Pergi toilet dengan kawan awak si Shazila pula tu.hihi” Nazrul memerli aku. Ya aku tahu aku telah menipunya.. habislah misi penipuan aku. Aku mengeluh sendirian.

“Ohhh.. dia pergi hantar Zila balik tu.. Zila sakit kepala tadi.” Sedaya upaya aku cuba meneruskan misi penipuan aku walaupun aku tahu ianya telah gagal.

“ Ohhh.. tunang awak sanggup tinggalkan awak sorang-sorang kat sini demi kawan awak ye? baiknya dia

“ Dia membidas aku. Ciss.. mamat ni memang nak merasa penampar aku barang kali.

Keluar sahaja dari perut lif

“ Cik Hana.. saya ada satu soalan ni?

“ Nazrul mengejarku.Aku cuba berjalan sepantas mungkin. Namun langkahnya lebih pantas dariku.Hanya mampu menadah sahaja apa yang dia cuba katakan padaku

“ Yess.encik.. siapa ye? Nazrul ye?

“ aku buat-buat lupa meskipun nama itu tidak pernah sekali pun lenyap dari ingatanku.

“ Saya nak tanya .. boleh ke seorang perempuan bertunang dengan dua orang lelaki?

“ Nazrul bertanya padaku.

“ Haa? Soalan apa yang awak tanya ni?

“.Sejuta kerutan singgah di dahiku.

“ Ha.. nak tau apa jenis soalan tu?

“ Nazrul berteka-teki denganku.

“Jum teman saya makan .. saya lapar ni .. tak makan lagi,kesian kat saya kan?Nanti masa makan saya akan beritahu awak apa jenis soalan tadi ye.” Pancing Nazrul.Walaupun hati aku melonjak-lonjak ingin tahu maksud pertanyaannya tadi namun aku perlu tetap dengan pendirianku.Ye! aku amat membencinya ,kenapa harus aku menerima pelawaannya untuk makan bersama .

“ Emm.takpelah ye Encik Nazrul,saya baru saja makan tadi. Lagipun saya nak balik cepat ni.

Lantas aku batalkan niat aku untuk membeli novel tadi.

“ Emm. Kalau macam tu apa kata saya hantar awak balik? Iyelah..takkan lah saya nak biarkan tunang saya balik sorang-sorang kan? Karang kena culik ke kena ngorat ke saya yang kempunan

“ Nazrul meneruskan kata-katanya dengan selamba saja. Aku hanya ternganga sahaja . Kenapalah pelik saja ayat-ayat yang keluar dari mulut dia ni. Tapi aku abaikan sahaja. Biasalah ..lelaki suka benar bermain dengan kata-katanya.Ingat manis? Tak payah la.. masam saja aku dengar. Huh !

“ Ok la ye.. teksi saya dah sampai.. bye !!

“ aku segera meninggalkan Nazrul dalam keadaan terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience