BAB 3

Romance Completed 8608

Petang itu aku keluar bersama-sama Shazila dan tunangnya Azhar. Shazila kelihatan beriya-iya nak belanja aku makan dengan gaji pertamanya.Sambil-sambil tu aku menemaninya dan Azhar memilih baju pengantin yang bakal mereka kenakan pada awal Februari 2012 nanti.

Didalam hati terdetik perasaan cemburu .Mana tak cemburunya,rakan-rakanku yang lain kebanyakkannya semua dah bertunang,berumah tangga,malah ada yang dah sedia menimang cahaya mata.Hanya aku sahaja ,jangan kata tunang,teman lelaki pun takda.

Di dalam perjalanan menuju ke Jusco Tebrau City

“ Hai Hana..sampai bila ko nak menyingle cmni Hana? ‘’ . Shazila menyapaku yang berada di seat belakang Proton Persona milik tunangannya Azhar.

“ Hai.. ayat baru ke ? Menyingle?? .hebat kosa kata kau kan?.hahaha.’’ Aku cuba lari dari menjawab pertanyaannya.

“ Hehehe..macammana dengan cabaran aku yang kau konon-kononnya sanggup nak sahut tu.? Siap nk potong kaki lagi kalau kau tak tunaikan kan? ‘’ ..

“ Haaa.. Zila aku ingat nanti aku nak beli beg tangan baru la.. bosan dah dengan beg yang ni

“ .Sedaya upaya aku cuba juga lari dari menjawab persoalan itu.Kenapa? sebab aku sendiri tiada jawapannya.
Segera ingatanku menerawang lagi

Sedang makan-makan dengan Shazila di Teluk Danga.

“ Hana.. minggu depan tarikh special datang lagi lah 11.11.11 ..Perghh.. sayangnyalah aku tak dapat spend time dengan momok aku time tu.Kenapa lah dia kena outstation lak kan.Sedihnya aku

“.Sejak dari sekolah dahulu kami gelarkan Azhar dengan panggilan momok..kenapa? macam hantukah dia? Hahaha..biarlah aku dan Shazila saja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience