Bab 8

Humor Series 9283

BAB 8

Hari ni, hari terakhir mereka bertugas di sekolah. Usai sahaja tugasku di padang, aku berlari anak menuju ke bilik guru. Cikgu Azian harus aku temui sebelum dia pulang. Guru paling rapat dengan aku.

“Ina, cikgu nak mintak maaf kalau ada apa salah dengan Ina.” Katanya sambil memeluk aku. Esakannya makin ketara. Namun aku sedaya upaya juga menahan air mata dari jatuh. Dia menghulurkan hadiah darinya untukku. Sebak di dada, terasa di hati kerana aku tak ada apa-apa untuk diberikan sebagai hadiah untuknya.

“Ina, jaga diri baik-baik. Buat yang terbaik untuk SPM nanti yer.” Pesannya lagi. Tiada kataa yang terluah dari bibirku. Hanya diam dan membisu. Jam di tangan ku tatap. Tentu abah sudah sampai. Aku harus cepat.

Beg ku kemas rapi. Buku teks di bawah meja aku raba. Tapi tanganku terpegang satu bungkusan hadiah kecil. Dari Cikgu Haikal. Sekali lagi aku terasa. Dua orang guru itu ingat padaku, memberi hadiah untukku. Tapi aku? Apa yang ada untuk aku bagi pada mereka. Aduhai Ina. Ina, Ina.. Niat di hati nak bertemu muka sebentar dengan Cikgu Haikal. Tapi..Opsss. ada si Hafriz tu dngan dia. Aku terus mematikan niat. Terus aku langkahkan kaki menuju ke pagar utama. Menyampah aku dengan cikgu lelaki sorang tu. Ish!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience