Bab 5

Humor Series 9283

BAB 5

Penat sungguh. Setiap hari balik lambat. Kelas tambahan Kimia. Jumaat pula petang perlu ke sekolah untuk latihan kawad. Latihan rumah sukan juga sudah diadakan. Wajahku sudah mulai kehitaman akibat berjemur di panas terik. Dengan latihan bahas pula di pagi hari, aku perlu mengorbankan waktu belajar pula.

Latihan bahas setiap hari Cikgu Zakaria adakan di perpustakaan satu waktu sebelum rehat sehingga habis waktu rehat. Kebetulan guru-guru pelatih itu suka ke perpustakaan, secara tak langsung Cik Azian membantu melatih kami bahas. Terutamanya aku, begitu rapat dengannya. Begitu juga guru yang sedang menjadi kegilaan ramai tika itu, Encik Haikal. Selalu sahaja dia ke perpustakaan membaca akhbar.

Kadang-kala membantu kami mencari isi untuk pertandingan bahas nanti. Oleh sebab itu aku sedikit rapat dengan dua orang guru ini sehingga sedikit menimbulkan syak wasangka di kalangan guru tentang hubungan aku dan Encik Haikal.

Tapi kenyataannya aku dan dia sekadar guru dan pelajar, sebagai Pengerusi Ping Pong dan guru penasihat, Sebagai AJK PBSM dan guru penasihat. Dan dia banyak membantu team kami dalam mencari fakta-fakta menarik untuk dijadikan bidasan dalam petandingan nanti. Dan akhirnya team sekolah kami berjaya memecah rekod sekolah itu. Dapat tempat ketiga pertandingan bahas itu. Walaupun kecundang, berjaya juga sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. Usai solat dan makan, telefon yang selalaunya ku simpan di bawah bantal aku capai. Hadiah dari ibuku kerana mendapat keputusan yang agak baik dalam PMR. Ku tatap skrin, laju jariku menekan butang inbox.

Dah balik rmh ke?

Aku pun membalas,

Dah sampai rmh.

Tettt. SMS masuk lagi.

Abg balik ptg ni. mak ajak balik kampung.

Dah cuti ke?

Dah.

OK

Rindu abg ke?

Entah la.

Aku mulai naik menampah bila SMS darinya berbaur sayang padaku. Tetapi hakikatnya sekadar main-main. Bila ditanya, serius ke? Jawapan darinya, “abang anggap Ina macam adik abang sendiri.” Sungguh menyakitkan hati.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience