Bab 3

Humor Series 9283

BAB 3

“Hari ni saya berbesar hati ingin memperkenalkan dan mengalu-alukan kehadiran empat orang guru pelatih kita dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan.” Tuan Pengetua memberi khabar yang agak membuat mulut-mulut para pelajar sekolah ini berbisik. Aku pula hanya memerhati dari jauh. Ya, kelibat dua orang lelaki yang aku lihat di pondok Pak Gad pagi tadi.

“Saya kenalkan, yang berdiri dan berbaju biru cerah itu ialah Encik Muhammad Hafriz. Dan di sebelahnya berbaju biru gelap pula Encik Muhammad Haikal. Maka yang bertudung labuh, Cik Ruzihani dan di sebelahnya pula Cik Nor Azian.” Tetapi tumpuan pelajar banyak tertera pada guru lelaki bernama Haikal itu sudah pasti. Rupanya ala-ala Hafiz Hamidun. Guru yang bakal menjadi fenomena di sekolah itu nanti.

Seperti biasa, habis sahaja perhimpunan, pemeriksaan disiplin akan dijalankan. Kebetulan aku sudah lama memerhati seorang pelajar perempuan ni. Baju singkat, kain jangan ceritalah. Tudung paras bahu. Kuku pulak disimpan panjang. Aku tekad, hari ni aku mesti ambil tindakan.

“Dik. Datang sini kejap.” Arahku dengan lembut. Sebab aku tahu, kerak nasitak boleh lembutkan dengan minyak. Hanya guna air. Dia meluru ke arahku dengan muka sekupang. Muncungnya sampai berinci-inci panjang.

“Apa dia? Apa lagi yang tak puas hati?” bentaknya keras.

“Kenapa yang jadi macam ni? adik tahu dak banyak salah yang adik dah buat ni. kuku tak potong. Nama adik dalam buku akak ni dah lima kali ada. Tudung pulak singkat. Sampai boleh nampak tengkuk adik tu. Kain pun adik singkatkan. Apa masalah yang sebetulnya ni?” tegurku slagi.

“Hei Kak Ina. Hang ingat hang bagus sangat ka?! Suka hati akulah nak pakai macam mana pun!” bentaknya nyaring ke arahku. Ketua pengawas yang melihat terus menuju ke arahku. Aku masih diam. Menunggu apa lagi yang dia ingin perkatakan.

“Ooo.. Bagus la kan pakai macam tu?” aku memberi sedikit sindiran. Wajahnya semakin keruh.

“Apa hang ingat hang baik sangat ka? Ingat aku tak tahu hampa pengawas ni perangai lagi buruk. Kat sekolah ja baik kot. Kat luaq hentah macam apa!” ujarnya lagi. Lantang suaranya.

“Ni apa yang tak puas hati ni?” ketua pengawas pula bersuara.

“Hang diam! Aku nak settle dengan perempuan ni. menggedik nak tahan orang! Apa dia tak puas hati dengan…” panggg!! Satu tamparan dari aku hinggap di pipi kirinya. Nah! Ambik kau! Nak sangat kan. Aku dah lama hilang sabar. Mulut macam kapal tongkang. Tah berhenti-hentipot pet pot pet. Terus aku beredar dari dataran perhimpunan. Apa nak jadi degan budak tu lantaklah. Aku tak nak ambik tahu lagi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience