Bab 1

Humor Series 9283

Die Nak Aku Ke Tak Ni?

Penulis: Iris

Bab 1

Terkebil-kebil aku bangun. Menggosok mata yang sedikit silau dengan lampu tidur yang agak terang di dinding bilik.

Telefon bimbitku capai dengan sepentas mungkin alarm telefon yang mendendangkan lagu Simbiosis nyanyian Ella ku matikan. Jariku sempat lagi meninjau inbox mesej ku.

“Banyak pulak SMS dia. Tak faham betul aku dengan mamat ni.” Rungutku sendiri. Tanpa menghiraukan SMS darinya, aku terus menuju ke bilik air. Kalau lambat nanti, pasti abahku melenting. Rutian harian seperti biasa. Baju kurung warna merah gelap itu ku sarung ke tubuh. Termenung aku sebentar di depan cermin. Malas pulak nak ke sekolah. Tapi hari ini aku harus cepat. Aku sebagai pengawas ditugaskan di pintu pagar hadapan. Nanti bising pulak ketua pengawasku jika masa dia meronda aku tiada di tempat tugas.

Dengan pantas rambutku yang panjang paras pinggang ku sisir dengan sikat. Lalu ku ikat rendah paras leher. Lalu lebihan rambut yang menjurai ku balut menjadi sanggul dan disumbat masuk ke dalam anak tudung. Tudung sewarna dengan baju ku sarung ke kepala.

Selepas lipatan di sisi pipi, pin peniti ku kenakan di atas lipatan itu. Dengan sepantas kilat, stokin hitam ku sarung ke kaki. Katil ku kemaskkan sepantas yang mungkin. Berlari anakku mendapatkan beg sandang dan beberapa buah buku teks ku peggang di tangan.

“Adik, lekaslah sikit. Abah hang duk tunggu kat luaq tu. Sat lagi dia bising pulak hang lambat. Dia nak pi ambik ikan tu.” Suara ibuku dari luar sedikit nyaring memanggilku.

Deruan enjin motorsikal Kriss milik abah juga sudah kedengaran.

“Sat mak. Orang nak pakai kasut sat.” Sahutku dengan segera sambil meletakkan telefonkku di bawah bantal tidur.

Sampai sahaja di hadapan pintu pagar sekolah, aku turun dari motorsikal abah. Lalu tangannya ku sambut.

“Sat gi mu balik pukul berapa?” soal abah dalam lorat Pattaninya itu.

“Dok tahu lagi. Nanti orang telefon rumah la kalau ada kelas tambahan. Kalau tak dok, pukul 2.30 balik.” Terangkku juga dalam lorat Pattani.

Tak banyak soal, abahkku memulas tombol minyak motorsikalnya menuju ke rumah kembali dengan segera untuk mengambil tong ikannya.

Seperti biasa rutin harian perniaga runcit seperti abahkku itu selepas menghantar aku ke sekolah, dia akan ke pasar memborong ikan, sayur dan barang-barang basah yang lain untuk dijual di kedai runcit yang dibuka di sebelah rumahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience