Bab 9

Humor Series 9283

BAB 9

Dua minggu kemudian, kecoh satu kelas gambar-gambar kenangan semasa di Ipoh dulu Faisal sebarkan. Siapa yang mahukan salinan gambar yang dipos oleh Cikgu Hafriz (tuan punya kamera digital itu) boleh meminjam CD kiriman darinya.

“Mar, dah ambik gambar-gambar dari CD Faisal tu?” soalku pada Akmar. Juga sahabat yang agak rapat denganku.

“Mar dah ambik. Tapi Mar tak ambik pulak gambar Ina dengan Cikgu Azian.” Terangnya seakan tahu-tahu sahaja tujuan aku bertanyakan gambar itu.

“CD tu ada kat Mar ke dah bagi Faisal?” soalku lagi.

“Ada kat Faisal. Baru tadi Mar bagi. Ingatkan Ina dah ambik.”

“Tak apa, nanti Ina mintak kat dia. Thanks.” Ujarku

Waktu rejat, aku ke tapak tugasan si Faisal. Tujuan yang sama. Untuk meminta CD darinya. Aku nak copy semua gambar yang ada.

“Hang nak CD tu, hang kena mintak dari Cikgu Hafriz sendiri.” Kata-katanya membuatkan aku naik berang. Amboi, orang lain mintak, tak payah pun mintak izin dari ‘tuan punya kamera’ tu.

“Ambaoi, hang nak bagi aku injam ka takni, Faisal?” soal aku geram.

“Nah,ambik nombor telefon dia ni. hang SMS mintak kat dia. Kalau dia bagi. Baru aku serah CD tu.” Katanya memberi syarat. Maak ai..bukan main lagi mamat ni. pada awalnya memang aku diamkan saja. Tapi dek kerana gambar aku dan Cikgu Azian ada, ku teruskan juga. SMS ku hantar.

Assalam, cikgu. Saya nk mintak izin cikgu, nk copy gambar dari CD cikgu kirim pada Faisal tu boleh?

Lima minit kemudian.

Waalaikumsalam. Boleh ja. Ambik la. Awat yg sampai kena minta kebenaran saya ni?

Eleh. Tanya pulak awat? Aku mencebikkan bibir.

Faisal suruh saya mntk kebenaran dari cikgu. Siap bagi no.tel cikgu ni suruh saya mntk izin.

Dua minit kemudian.

Sapa ni?

Azrina. 5 sains.

o..budak 5 sains.

Terhenti di situ. SMSnya tidak lagi aku balas lagi.

***

Esoknya aku dengan gembira membawa balik CD gambar itu. Aku copy semuanya ke dalam komputer. Banyak juga gambar aku dan Cikgu Azian. Ku tatap gambar aku berdua dengan Cikgu Azian. Teriangat lagi gurauan dari cikgu yang aku benci tu.

“Hafriz, kau tolong aku ambik gambar dengan budak ni.” minta Cikgu Azian sambil berdiri sebelah ku.

“Mai aku ambik.” Katanya dalam longhat Kedah pekat.

“Okay.” Balas Cikgu Azian. Aku pulak buat muka sekupang bila tengok kamera. Aduhai hilang mood nak senyum.

“Senyum.. apa ni anak murid tinggi dari cikgu. Ha, ha, ha.” Dia ketawa. Ish, menyampahnya aku. Luku kepala baru tahu. Huh! Tersenyum aku seketika terkenang peristiwa di Ipoh itu.

Tettt. SMS masuk ke inbox ku.

Dah dapat CD tu?

Tertera nama Cikgu Hafriz di skrin telefon. Glup! Aku menelan liur. Lalu SMSnya ku balas.

Dah. Trm ksh.

Tettt. Masuk lagi SMS darinya. Amboi cigu ni. boleh tahan juga.

Dah makan ke?

Dah. Cikgu?

Saya pn dah. Balasnya.

Masih teragak-agak. Patut atau tak aku balas SMS darinya?

Cikgu buat apa sekarang ni?

Sepuluh minit kemudian.

Saya kerja. Sementara tunggu konvo.

Kerja apa?

Kerja kilang.

Aku buntu. Tak tahu apa yang harus aku balas. Maka terhenti di situ.

Malamnya, usai sahaja aku menyiapkan kerja-kerja rumah. Aku menyimpan semua buku-buku ke dalam beg. Baju seragam sudah aku serika dan tergantung kemas di dinding bilik. Badanku rebahkan ke tilam. Lalu kelambu aku betulkan agarn nayamuk tidak terlepas masuk.

Tettt. Tettt. Dua SMS masuk ke inbox ku.

SMS pertama:

Hanafi: dah tido ke?

SMS ke dua:

Cikgu Hafriz: selamat malam azrina

Balasan dariku.

Selamat malam cikgu.

Dan SMS lagi satu aku biarkan sepi. Tawar hati mungkin.

***

Dah hampir sebulan aku berSMS dengan cikgu Hafriz. Kerap juga dia bertanyakan tentang pelajaranku. Begitu juga dengan Tahirah dan Diana. Rakan sekelasku. Tapi meraka dah sah sebagai adiki angkat kepada Cikgu Hafriz. Ish, aku pulak rasa tak berapa senang berSMS dengannya. Menurutnya,dia sudah ada yang punya. Dalam erti kata yang lain, sudah ada kekasih. Dia juga sering saja meluahkan rasa dan masalahnya dengan kekasih hatinya itu padaku. Rasa tidak senang hati juga ni. sampailah satu hari.

Terima kasih sbb Ina selalu dengar saya membebel. Dengar saya cerita pasal si dia. Dengar luahan hati saya ni.

Tak apa cikgu. Ina tak kisah pun.

Boleh saya tanya Ina sikit?

Tanyala, cikgu.

Sudi jadi adik angkat saya?

Gulp! Nasib baik adik angkat. Ha!
cikgu sudi ke buat adik?

Lebih dari adik pn sudi.

Erk!

Abang adik?

Yup. Setuju? Rasanya tak salah kan klu saya tambah koleksi adik angkat.

Buah hati cikgu tak marah ke? Byk2 adik angkat.

Adik angkat ja pun kan?

Baik. Setuju..

Baik adik abang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience