Bab 11

Humor Series 9283

BAB 11

Seminggu kemudian.

Abang adik dah jatuh cinta. Kali ke dua. Dalam sekelip mata!

Terbantut kerjaku untuk mengemas rumah apabila mendapaat SMKS darinya. Ish! Mamat ni. baru ja putus cinta. Dah ada pengganti. Cepat betul!

Wah! Sapa pulak yg abang adik jatuh cinta ni?

Abang nak tanya Ina ni. boleh?

Erk! Ina pulak? Selalu adik ja.

Boleh, tanyala.

Kawan abang ni kan. Dia kawin dengan adik angkat dia sendiri. Ina rasa ok ke?

Alahai. Soalan apa la yang dia tanya ni. jantungku mulai berdegup kencang.

Kenapa pulak tak boleh. Halal kan?bukan tak boleh kawin. Kalau sedarah sedaging n sesusu baru tak boleh kawin.

Abang rasa abang dah jatuh cinta dengan ina

Mak aii..rasa nak pitam aku sekarang jugak. Apa yang sudah jadi ni? dari cikgu ke abang angkat ni dah nak jadi abang sayang?sukar dipercaya.

Maksud abang?

Abang jatuh cinta pada Ina. Kali pertama abang tengok Ina kat rumah ina minggu lepas. Abang tak tahu kenapa. Tapi abang jatuh cinta.

Errr.. tak tahu apa nak taip

Tak apa. Abang bagi Ina masa satu jam. Fikir ya!

Ish, satu jam? Kenapa sikit sangat.

Tiada balasan untuk SMS ku itu. Apa yang harus aku buat? Semak fikiran.

***

Empat tahun kemudian.

“Sayang, buat apa?” soal suami apabila melihat aku sedang asyik memmbelek telefon bimbitnya.

“Baca mesej yang abang simpan.” Aku ketawa kecil.

“Mesej apa?” katanya seraya menarik lembut telefon bimbitnya.

Ina setuju tak?

Setuju apa?

Dengan abang seumur hidup.

Maksud abang?

I love u, Ina

Errr…

Kalau tak sudi tak apa. Abang tak paksa..

Macam tak boleh percaya. Susah nak percaya.

Tak apa. Abang tak paksa. Ina pilih la nk abang adik ke abang sayang..

Abang sayangggg.hahaha

Setuju?

Setuju sangat2..

Dia tersenyum selepas membaca SMS yang masih dia simpan.

“Sayang abang adik!” kataku sambil mencium pipinya. Senyuman terindah dihadiahkan padaku. Terima kasih Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience