BAB 4

Drama Completed 296

THALEYA yang masih lena terkejut mendengar bunyi pintu bilik ditolak
kasar. Dia terbangun dari baringan melihat Syakira masuk ke bilik dengan
wajah pucat. Sebelah tangan memegang dada dengan sebelah lagi berpaut
pada pintu. Thaleya segera turun dari katil, membantu Syakira untuk duduk di
katilnya. “Kau kenapa? Pucat aje muka ni,” soalnya cemas.
“Entahlah, Thaleya … dari tadi aku muntah-muntah. Kepala pulak
rasa pening semacam. Macam nak pitam pun ada ni,” adu Syakira . Sebelah
tangan memicit-micit kepala yang terasa pening.
“Demam ke?” tanya Thaleya lagi.
“Tak tahu.” Syakira menggeleng-geleng. Tak pernah dia
mengalami situasi begini. Kalau demam pun, tak adalah sampai macam ni.
“Nak pergi klinik? Jom, aku temankan.” Thaleya menawarkan diri
untuk menemani Syakira ke klinik.
“Boleh jugak. Tak tahanlah macam ni,” balas Syakira .
“Aku call Abang Ferhad ye?” Thaleya seakan meminta izin.
Syakira spontan menjeling. “Kalau setakat nak naik motor buruk
dia tu, baik tak payah!”
Terkedu Thaleya mendengar kata-kata kasar Syakira itu. Dia
tergeleng kecil. “Aku nak mandi dulu, nanti kita pergi.” Dia membuat
keputusan. Tanpa menunggu balasan Syakira , dia segera mencapai tuala dan
berlalu keluar untuk ke bilik mandi.
Kenyataan yang selama ini ditakuti, kini terbentang di depan
mata. Kata doktor, Syakira sah hamil 7 minggu. Syakira yang mendengar
pengesahan itu, terus meraung. Menangis tak henti-henti. Tidak percaya
dengan apa yang telah berlaku. Thaleya hanya mampu memandang dengan mata
yang berkaca. Nak menyesal pun dah tak guna. Diri sendiri yang buat, tak
boleh nak salahkan orang lain lagi. Lebih teruk, bila Syakira sendiri
tidak pasti siapa ayah kepada kandungannya itu.
“Apa aku nak buat ni, Thaleya ? Macam mana aku nak berdepan
dengan mak ayah aku? Mana aku nak letak muka aku ni? Aku malu, Thaleya ! Aku
malu!” Syakira meraung-raung bagai orang hilang akal.
Thaleya memejam mata, menahan rasa sebak yang bertandang. Nak
marah pun dah tak guna. Walau seteruk mana pun Syakira , dia tetap
sayangkan gadis itu. Syakira rakan baiknya, dan tetap dianggap sahabat di
sudut hatinya. Atas rasa kasihan itulah, Thaleya nekad menghubungi Ferhad .
Dia perlu berjumpa lelaki itu. Ada hal yang perlu dibincangkan mengenai
Syakira .
Sudah dua bulan peristiwa Ferhad menyaksikan sendiri ‘warna’
sebenar Syakira di depan matanya. Dan sejak peristiwa itu, Ferhad
benar-benar patah hati. Rasa kecewanya itu jugalah yang membuatnya
berjanji untuk tidak mengharap pada Syakira lagi. Hatinya sudah cukup
terluka, dan dia tidak mahu menamhkan luka itu lagi.
Tetapi hari ini, Ferhad setuju juga untuk menemui Thaleya . Itu
pun setelah dipujuk berkali-kali, barulah dia setuju. Entahlah kenapa,
tetapi nama Syakira itu seakan-akan bisa yang boleh meracuni hidup Ferhad .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience