BAB 11

Drama Completed 296

FERHAD tersandar di kerusi setelah habis membaca semua yang tertulis di
dalam diari hitam itu. Sungguh dia tidak menyangka selama ini Thaleya
menyimpan perasaan cinta padanya. Ya Allah, kasihannya gadis itu. Kenapa
aku tidak pernah nampak semua itu selama ini? Kenapa aku tetap mengejar
kaca, sedangkan permata ada di depan mata? Ampunkan aku ya Allah kerana
telah menyebabkan seorang gadis menangis kerana aku. Ampunkan aku… bisik
Ferhad di dalam hati. Hendak diundur masa yang berlalu, amatlah mustahil
dan tak mungkin berlaku. Cuma yang tinggal sekarang, bagaimana dia
mencorak masa depan agar tiada lagi air mata yang menjadi saksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience