BAB 12

Drama Completed 296

THALEYA masuk ke bilik dengan langkah longlai. Penat dengan kuliah yang
tak putus-putus sedari pagi, juga penat menangisi apa yang telah
terjadi. Namun dia tahu dia perlu kuat berdepan dengan semua dugaan ini.
Apa jadi pun, dia perlu tabah kerana dia sendiri yang telah membuat
keputusan untuk melepaskan Ferhad dari hatinya.
“Syakira , kenapa ni?” Thaleya menerpa ke arah Syakira yang duduk di
tepi katil dengan muka tersembam di kedua-dua belah lutut. Sangkanya,
setelah Ferhad setuju untuk mengahwininya, Syakira sudah semakin okey.
Tetapi sekarang, lain pula yang jadi. “Syakira , kenapa ni? Cerita kat aku,
Syakira …” ujar Thaleya . Sebak hatinya melihat Syakira menangis begitu.
Tangisannya pilu sekali.
“Ferhad …”
Sebaris nama yang disebut itu membuatkan jantung Thaleya
berdegup kencang. “Kenapa dengan Abang Ferhad ?”
“Dia tak nak kahwin dengan aku. Apa aku nak buat sekarang
ni, Thaleya ?!” Syakira meraung lagi.
Alias terpempan. Tiada suara yang keluar dari mulutnya. Tak
mungkin! Baru petang semalam lelaki itu setuju untuk mengahwini Syakira .
Kenapa hari ini lain pula jadinya?
“Thaleya , aku dah tak tahu nak buat apa. Aku buntu…” Syakira
menangis tanpa henti.
Simpati Thaleya tumpah melihat Syakira begitu. Dia mengeluarkan
telefon bimbit dari beg sandang. Belum sempat nombor telefon Ferhad
didail, panggilan lelaki itu sudah masuk ke telefonnya. Pantas dia menjawab.
“Abang ada kat padang. Thaleya datang sekarang, abang tunggu.”
Talian dimatikan. Thaleya terkebil-kebil tidak percaya.
“Syakira , kau tunggu sini. Aku pergi jumpa Abang Ferhad . Biar aku
cakap dengan dia sekali lagi. Kau tunggu sini,” ujar Thaleya sebelum kalut
bangun dan keluar dari bilik. Berlari-lari anak dia menuju ke padang,
tempat biasa dia menemui Ferhad . Lelaki itu sudah menanti di situ.
Berdiri sambil menyandar pada pagar. Thaleya menghampiri dengan sedikit
termengah-mengah.
“Abang, kenapa buat keputusan macam ni? Abang tahu Syakira macam
mana sekarang? Dia sedih sangat. Kenapa…”
“Kenapa Thaleya nak fikir pasal orang lain?” Ayat Ferhad itu
membuat Thaleya terdiam.
“Maksud abang?” Thaleya tidak faham maksud kata-kata lelaki
itu. Lain macam aje bunyinya.
Ferhad mengangkat diari hitam di tangannya. Thaleya yang
melihat, terus kaku tanpa kata. Diari itu! Semalaman dia mencari malam
tadi. Rupa-rupanya ada pada Ferhad .
Ferhad ?! Thaleya telan liur. Adakah lelaki itu sudah membaca
segala-gala yang tertulis di dalamnya?
Ferhad mendekati Thaleya perlahan-lahan. “Abang mintak maaf,”
ucapnya perlahan.
Mata Thaleya berkaca-kaca. Sebak datang lagi. Dia menundukkan
kepala. Tidak sanggup rasanya berdepan dengan apa yang terjadi. Ya
Allah, kuatkanlah aku. Doa itu dititipkan lagi di dalam hati.
“Abang tak tahu selama ni Thaleya cintakan abang. Abang memang
bodoh, tak mampu nak nilai cinta suci Thaleya . Abang buta, tak tahu mana
kaca, mana permata. Maafkan abang,” ucap Ferhad perlahan, penuh syahdu.
Menitis juga air mata Thaleya . Ucapan itulah yang sangat
didambakan selama ini. Diri terasa seolah-olah berada di dalam mimpi.
Terlupa seketika tentang Syakira . Yang ada kini hanya dirinya bersama
Ferhad , lelaki yang dicintai sepenuh hati.
“Thaleya tahu kenapa abang tak nak kahwin dengan Syakira ?”
Thaleya menggeleng dengan kepala yang masih menunduk.
“Sebab abang mula sedar satu perkara. Abang tak perlukan Syakira
dalam hidup abang. Kenapa abang nak pertaruhkan masa depan abang dengan
orang yang tak pernah hargai abang? Abang bukan lelaki dayus. Abang tak
nak bertanggungjawab atas kesalahan yang bukan abang buat,” ujar Ferhad ,
penuh maksud mendalam.
Thaleya mendongak. Mata bertentang mata. Terasa getaran ada di
hati masing-masing.
“Abang mintak maaf, tapi abang tak boleh terima Syakira dalam
hidup abang. Abang… abang nak Thaleya dengan abang. Thaleya . Bukan Syakira …” tekan
Ferhad lagi.
Thaleya sudah pun teresak-esak. Terharu hatinya dengan luahan
itu. “Tapi, Syakira …”
“Syakira perlu berubah. Mungkin dengan musibah ni, dia akan
sedar kesalahan dia selama ni. Lagipun, dia tak cintakan abang. Abang
janji, abang akan cintakan Thaleya sampai akhir hayat abang. Lepas Thaleya
habis belajar nanti, kita kahwin. Ya?”
Thaleya merenung wajah Ferhad dengan hati berbunga cinta.
Akhirnya, impiannya menjadi kenyataan. Ternyata, Allah mendengar doanya
selama ini. Lantas, dengan sepenuh hati, dia mengangguk. Terukir
senyuman di bibir masing-masing. Ya Allah, terima kasih untuk cinta ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience