BAB 4

Romance Completed 6033

Sukar untuk aku menggambarkan perasaan aku saat ini. Sedih, kecewa, gembira? Hrm, entahlah. Semuanya bercampur-aduk. Aku masih tertanya-tanya, apa salah aku pada dia? Kenapa dia buat aku macam ni? Sampai hati dia..

Aku masih ingat lagi, malam selepas kami bernikah. Aku masuk ke bilik kami, perasaan aku saat itu sangat gementar, takut dan bermacam lagi. Aku takut nak menghadapi dia yang garang macam singa tu. Kalau sebelum aku menjadi isteri dia, aku melawan dia, tapi tak lagi saat ini.

Aku sudah berjanji pada diri aku bahawa, aku takkan pernah melawan cakap dia. Aku tahu, syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya.

Aku mengetuk pintu bilik kami, tiada respon daripadanya. Aku terus membuka pintu dan melangkah masuk. Saat kakiku melangkah masuk ke dalam bilik kami, matanya tajam menikam mataku. Dia bagaikan ingin menelanku.

"Haa, akhirnya, masuk jugak tuan puteri hawa dalam bilik ni. Ingatkan taknak masuk dah." katanya sambil menepuk tangan.

"Abang tunggu hawa ke? Sorry, hawa tolong mama layan tetamu tadi, sebab tu lambat masuk."

"Apa? tunggu kau? Ohh, pleaselah! Erm, memang aku tengah tunggu kau, tak sabar nak dera dan hancurkan hidup kau." tanpa rasa bersalah dia berkata begitu kepadaku.

"Abang nak dera dan hancurkan hidup hawa? Ya Allah, abang, apa salah hawa pada abang? Kenapa abang sanggup buat hawa macam ni? Hawa tak tahu apa yang hawa dah buat dan salah hawa pada abang, tapi kalau hawa ada sakitkan hati abang, hawa mintak maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tolong jangan benci hawa macam ni"

"Salah kau pada aku banyak sangat, betina. Betina macam kau ni patut kena tikam sampai mati then buang dekat dalam laut je. Kau tak layak nak hidup happy. Salah kau jugak, siapa suruh kau kahwin dengan aku?"

Ya Allah, sakitnya hati aku. Kau tabahkanlah hatiku ya Allah.

"Abang, sampai hati abang cakap macam tu dekat hawa. Hawa pun ada perasaan. Okay, macam ni, abang beritahu hawa sekarang, apa salah salah hawa pada abang? hrm?"

"Kau tanya aku apa salah kau? Erghh, banyak salah kau pada aku. Sampai aku meluat tengok muka kau."

Banyak? Apa dia merepek ni? Setahu aku, aku tak pernah kenal dia pun sebelum ni. Tapi, kenapa dia cakap aku banyak salah dengan dia? Entah-entah dia salah orang. Lepas tu dia tuduh aku pulak.

"So, bagitahu hawa sekarang, apa salah hawa sampai abang meluat tengok muka hawa?"

"Satu hari nanti kau akan tahu jugak, tapi bukan sekarang sayang. Kau akan tahu salah kau lepas aku puas seksa hidup kau. Aku benci dengan perempuan macam kau!"

"Kalau abang taknak bagitahu hawa sekarang, macam mana hawa nak perbaiki diri hawa supaya abang tak benci hawa?"

Muka dia merah, menandakan bahawa dia sangat marah padaku. Adam mendekati aku lalu menarik kuat rambutku.

"Kau ni banyak cakap sangat lah perempuan! Sakit telinga aku dengar kau tanya aku macam-macam. Aku cakap satu hari nanti kau akan tahu jugak salah kau kan? Susah sangat ke nak faham?" Dia menghentak kepalaku ke dinding.

"Abang, hawa sakit. Jangan buat hawa macam ni." Aku menangis.

"Sakit? Alololo, kesian isteri aku ni. Sakit yee? Kalau aku buat macam ni sakit tak?" Adam menampar pipiku
berkali-kali.

Ya Allah, beratnya dugaan yang kau beri padaku saat ini. Aku hanya mampu menangis dan menangis.

"Abang, tolong, hawa mintak sangat pada abang, jangan buat hawa macam ni"

"Abang? Boleh tak kau jangan panggil aku abang? Geli ketiak aku tahu tak? Kau tak layak panggil aku abang, kau sedar sikit diri kau tu siapa. Dah lah, malas aku layan kau, baik aku tidur lagi bagus." katanya sambil melepaskan rambutku. Adam naik ke katil.

"Lagi satu, aku nak kau tidur dekat bawah katil. Kau jangan sekali-kali tidur atas sofa atau katil aku ni. Aku taknak kau tidur beralaskan apa-apa pun. Biar kau terseksa!" Adam menengkingku.

Aku membaringkan diriku di atas lantai tanpa beralaskan bantal atau tilam. Aku menangis semahu-mahunya. Akhirnya, aku terlelap bersama tangisan yang entah bila akan berhenti kerana aku tahu, cabaran yang akan aku hadapi nanti lebih mencabar. Aku akan berusaha untuk sabar dan jadi isteri yang taat pada suami aku walaupun dia membenci aku atas kesalahan yang aku sendiri tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience