BAB 10

Romance Completed 6033

Adam membawaku ke hospital lalu aku segera dirawat oleh doktor disitu. Selepas satu jam berada di dalam ICU, doktor tersebut keluar menemui Adam.

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" tanya adam kepada doktor tu.

"Maafkan saya, saya tak dapat selamatkan anak dan isteri encik. Berlaku pendarahan yang kritikal pada bahagian rahim isteri encik."

"Anak? Isteri saya mengandung? Ya Allah, berdosanya aku pada hawa... Boleh saya tengok isteri saya?"

"Silakan"

*****

Adam masuk untuk melihat wajah aku buat kali terakhir.

"Hawa, maafkan adam. Adam tak bermaksud nak buat hawa macam ni. Adam mintak maaf. Hawa, bangunlah, jangan tinggalkan adam. Adam tak sanggup hidup tanpa hawa."

"Anak ayah, maafkan kesalahan ayah. Ayah menyesal buat ibu dengan kamu macam ni. Ayah terlalu ego."
Adam merintih sambil mengusap perut aku.

"Hawa, bangunlah! Please! Adam cintakan hawa. Adam buat semua ni... sebab adam kecewa dengan hawa. Sebenarnya.. dari kecik lagi Adam suka dekat hawa. Adam selalu tengok hawa main dengan anna masa kecik. Time tu, Adam mula cintakan hawa. Tapi, anna meninggal sebab bunuh diri. Adam salahkan hawa. Adam mintak maaf. Hati Adam sakit sangat bila tengok hawa dalam kesakitan, tapi, sebab ego, Adam sanggup ketepikan rasa kesian tu."

Tettttttttt..
Jantungku mula berdenyut kembali. Allah telah menunjukkan keajaibanNya.

"Hawa? Doktor, isteri saya!"

"Maaf encik, sila keluar sebentar."

"Okay, doktor, tolong selamatkan isteri saya, saya merayu."

*****

"Alhamdulillah, keajaiban ALLAH. Isteri encik dah kembali sedar." doktor itu tersenyum.

"Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih doktor."

"Sama-sama. Saya hanya mampu menolong, Allah yang tentukan segalanya. Encik boleh tengok isteri encik sekarang"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience