BAB 8

Romance Completed 6033

Hrm, nak masak apa erk? Aku membuka peti sejuk, haishh, tak ada bahan langsung dalam freezer ni. Macam mana aku nak masak? Kalau aku tak masak kang, aku terpaksa makan terajang lagi dengan adam. Haaa, nak pergi kedai depan tu jelah, beli bahan nak masak untuk lunch ni.

Aku berjalan dengan penuh berhati-hati. Jalan licin lagi, maklumlah baru je lepas hujan. Tiba-tiba, muncul sebuah van, lalu seorang manusia yang memakai topeng menekup mulut aku dan memaksa aku untuk masuk dalam van tu. Kejap, aku kena culik ke nih? Tapi, siapa yang tergamak nak culik aku? Beberapa saat selepas itu, aku terus tidak sedarkan diri.

"Aku kat mana? Sakitnya kepala aku." kataku selepas tersedar dari pengsan. Aku dikurung di dalam sebuah bilik.

"Haaa, bangun dah? Aku ingat kau dah mati. Tapi sebelum kau mati, kau mesti terseksa dulu." kata seorang lelaki.

Siapa dia ni? Muka dia familiar je. Erm, ya Allah, siapa pulak yang berdendam dengan aku ni?

"Kau siapa? Aku tak kenal kau lah. Apa yang kau nak daripada aku haa?" tanyaku.

" Heii, kau dah lupa aku? Nenek betul kau ni kan? Haaa, aku tahu cara nak bagi kau ingat siapa aku. Hrmm, kau kenal adrianna ?"

Adrianna? Anna ke? Haa, aku dah ingat, dia ni lelaki yang suka dekat anna. Patut macam pernah tengok. Kalau tak silap aku, anna pernah cakap yang lelaki ni suka dekat dia. Tapi, anna langsung tak balas cinta dia. Anna cakap hati dia dah dimiliki oleh orang lain. Tapi, siapa orang tu ehh? Tertanya-tanya pulak.

"Kau aiman kan? Secret admire anna? Apa yang kau nak daripada aku hah? Asal kau culik aku?"

"Kenal jugak akhirnya. Soalan yang bagus. Kau nak tahu kenapa aku culik kau? Hrm? Sebab... aku nak kau rasa apa yang anna rasa saat-saat penghujung nyawa dia. Aku nak kau rasa apa yang anna rasa disaat nyawa dia ditarik."

"Apa maksud kau? Anna dah meninggal?" dengan sebak aku melontarkan soalan itu.

"Yee! Anna dah meninggal!! Kau yang bunuh dia!"

"Apa kau cakap ni? Bukan aku yang bunuh anna. Aku tak tahu pun yang dia dah meninggal. Tolong lepaskan aku." Aku merayu pada dia.

Aiman menumbuk perutku lalu berkata, "Kau yang bunuh anna! Kesian dia, mesti dia menderita masa hakim tinggalkan dia sebab nak khawin dengan kau. Kau tahu kan, anna betul-betul cintakan hakim, tapi kenapa kau still rampas hakim dari dia? Anna menderita, sampai dia jadi gila, dan... akhirnya dia bunuh diri! Semuanya disebabkan kau!" aiman menengking aku.

Ya Allah! Anna, aku mintak maaf. Apa yang aku dah buat ni? Aku tak tahu yang anna cintakan arwah hakim. Anna tak pernah cakap yang dia cintakan arwah hakim.

"Haa? Kau nak tahu macam mana hakim boleh mati? Kalau kau nak tahu, sebenarnya aku yang bunuh dia! Sebab hakim orang yang aku sayang bunuh diri! Dan sekarang ni, kau pulak yang patut mati!" kata aiman sambil menghantukkan kepalaku ke lantai.

Adam.. Tolong saya! Hanya wajah adam yang bermain dimindaku saat ini.

"Lepaskan aku, tolong! Aku merayu" rintihku

Tiba-tiba...

Dushhhh! Dushhh!

Saat aku lemah tak bermaya, adam muncul di hadapan kami. Adam menumbuk aiman berkali-kali.

"Apa yang kau buat kat isteri aku ni haa?"

"Apa yang aku buat kat isteri kau? Ehh, come on lah adam, aku tahu kau kahwin dengan betina ni sebab nak balas dendam je kan? Kau nak balas apa yang betina ni dah buat pada anna, adik kau. Aku tahu lah, aku dah siasat semuanya."

Anna adik adam? So, ini lah sebab kenapa adam seksa aku selama ni?

'Adam, maafkan hawa.'

Aku memandang adam dengan pandangan yang menghibakan. Aku rasa bersalah dengan dia walaupun pada hakikatnya bukan aku yang membunuh anna.

"Kau takde hak nak seksa hawa! Dia isteri aku, aku sorang je yang boleh seksa dia!" jerkah adam pada aiman.

"Kau jangan nak jadi tamak sangatlah adam. Aku pun nak balas dendam pada dia! Aku benci tengok dia hidup! Dia tak layak hidup gembira atas penderitaan anna." kata aiman, matanya mencerlung kearahku.

"Biar aku yang seksa dia! Kau takpayah nak sibuk!" balas adam.

Adam mendukung aku yang semakin lemah lalu dia membawaku keluar dari bilik itu. Aku rasa terselamat berada disamping adam. Hati aku tenang walaupun aku berada dalam kesakitan. Adam membawaku pulang ke rumah kami. Dia membawaku ke dalam bilik aku.

"Awak, thanks sebab selamatkan hawa. Kalau awak takde tadi, mesti hawa dah mati sekarang ni."

"Kau takpayah nak perasan sangatlah, aku bukan selamatkan kau, aku just taknak orang lain seksa kau. Kau milik aku, aku sorang je yang boleh seksa kau."

"Awak, sumpah, hawa tak tahu yang anna tuu adik awak dan hawa tak tahu yang anna dah meninggal. Bukan hawa yang bunuh dia, percayalah." rintihku.

"Dah lah, aku takde mood nak cakap pasal benda ni, kau luka tuu, mehh sini aku ubatkan." pinta adam sambil menyapu ubat ke perutku. Aku terkesima disaat adam menyelak bajuku untuk menyapu ubat. Aku hanya melihat apa yang adam buat.

"Auchh! Slow sikit awak, sakit."

"Tahanlah, manja betul"

Aku cuba memegang perutku yang terasa senak, tetapi tangan adam pantas menahan tanganku. Mata kami bertentang, sukar untuk aku mengggambarkan perasaan aku saat ini , jantungku berdengup dengan kencang saat mata kami bertentang. Adam membelai pipiku dengan jari-jemarinya.

Aku seperti dipukau oleh perlakuannya, akhirnya, kami sama-sama melayari bahtera rumah tangga yang sebenar-benarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience