BAB 2

Romance Completed 6033

Haishhh, laparlah pulak. Hrm, malasnya nak turun bawah, tapi, aku lapar gila. "Hawa ohh hawa, mari turun makan, mama dah masak mihun goreng yang hawa suka ni" Haa, mama masak mihun favourite akulah. Aku segera turun kebawah, tak sabar nak makan.

Eh, macam kenal orang yang duduk kat sebelah Uncle Am tuu, tapi aku pernah nampak kat mana ehh? Muka dia cam familiar jelah. "Assalamualaikum mama, uncle Am. Erm, Uncle Am, bila sampai?" aku beramah mesra dengan dengan kawan papa. Uncle Am memang selalu datang rumah aku, dia selalu melawat papa. Nama papa aku Dato' Ahmad, tapi dia dah lama tak kerja sebab sakit, papa aku dah 3 tahun kena stroke. Tapi, Alhamdulillah, papa aku ada syarikat. aku yang ambil alih syarikat papa sekarang.

Aku rasa macam ada mata yang tajam tengok aku. Haa, aku ingat dah, dia ni lah mamat poyo yang simbah air longkang dekat aku haritu. Apa dia buat kat rumah aku ni? Takkan nak cari pasal dengan aku lagi? Hishh, kalau betul lah dia nak cari pasal dengan aku lagi, memang nak kenalah dia nihh.

"Kenalkan, ni anak uncle, nama dia Adam. Adam kerja dekat terengganu, dia balik kl sebab nak take over syarikat uncle dekat sini."

Oh, rupa-rupanya dia ni anak uncle am. Dah, dia pehal? Dok pandang aku macam nak telan. Patutnya aku yang pandang dia macam tu, tapi dia pulak yang lebih-lebih. Erghh, ada jugak yang makan kaki ni kang.

"Adam, kenalkan ni Hawa anak uncle ahmad." Uncle am kenalkan aku pada anak dia yang poyo tahap mangkuk, kuali, tembaga tuu.

"Ohh, anak uncle am? Hai, hrm , macam pernah tengoklah." Aku menegur lelaki yang bernama Adam ini.

"Hai, yeke pernah tengok? Haha, takdelah, kita tak pernah jumpa pun" Balas Adam.

Ohh, pandai kau menipu ye jantan? Tak pernah jumpa konon, pigidahh! Sakit hati aku tengok muka dia ni.

"Erm aunty, Adam balik dulu ehh. Ada kerja sikit nak buat. Ada masa saya datang lagi jenguk aunty dan uncle." Adam meminta diri untuk pulang.

"Ehh, awalnya nak balik, duduklah lama sikit." Aku cuba berbahasa dengan dia. Padahal dalam hati memang aku tengah menghalau dia balik pun, menyemak je dekat rumah aku ni.

Dia seperti tahu yang sebenarnya aku sedang menghalau dia dengan cara yang halus. Dia siap menghadiahkan aku satu jelingan maut lagi. Aku cocok biji mata tu karang, baru tahu. Biar kau buta. Baru padan dengan muka kau. Tapi, aku masih waras, aku takdelah nak memperdajalkan orang kalau aku marah macam mana sekali pun.

"Erm, uncle pun nak mintak diri dulu, ada masa Hawa datanglah rumah uncle, bawak papa dengan mama sekali ye." Uncle Am juga meminta diri.

"InsyaAllah, uncle. Kalau ada masa terluang saya datang rumah uncle."

Aku baru nak tanya lelaki ni, sebab apa dia simbah air longkang dekat aku haritu, tapi dia dah nak balik pulak. Erm, aku terpaksa tahan dulu lah pertanyaan aku ni. Takpe, janji aku dah tahu yang dia ni anak uncle am pun dah cukup. Senanglah nanti aku nak serang dia. Haha, hati jahat aku sedang ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience