BAB 1

Romance Completed 6033

"Oh Pleaselah! Tak kuasa aku. Come on lah, at the first place, apa motif sampai aku kena jumpa mamat kentelo berangan gedik nak mampus tu? Dahlah muka macam Jamal Pak Tongkol, ada hati nak cakap muka aku macam beruk?" elehh, macam laa mamat tu handsome sangat. Sakit betul hati aku bila orang yang aku tak kenal tetiba cakap macam-macam pasal aku. Dia tak tahu apa-apa pasal aku, Dia tak ada hak nak judge aku macam tu.

Haa, mesti korang tak tahu aku marah kat siapa sekarang ni kan? Mehh kat aku, ehh dekat laa sikit, aku nak story kat korang. Wait, aku cakap dengan siapa sekarang ni? Haha, pape jelahh.

Okay, macam ni ceritanya... Flashback....

Aku berjalan dengan riang gembiranya, cewahh gembira lah sangat. Sebenarnya aku nak pergi rumah pak hassan rongak , nak bagi makanan sikit dekat dia. Kesian dia, keseorangan. Isteri dia dah lama meninggal. Anak? Dia takde anak. So, aku dengan baik hatinya bagi makanan dekat dia setiap hari. Haa, nak tahu kenapa aku panggil dia pak hassan rongak? Sebabnya adalah, gigi dia tinggal sebatang je, gigi yang depan je yang ada. Hahaha, Tapi, dia taknak pakai gigi palsu sebab dia cakap orang yang pakai gigi palsu nihh cuma orang tua. Bukan dia memang dah tua ke? Hehe, dia taknak mengaku yang dia dah tua. Tapi, hati dia baik. Sebab tuu aku rapat dengan dia, dia bagaikan ayah kedua aku.

Ehh eh, dah jauh menyimpang cerita aku ni, tetiba keluar pasal pak hassan rongak pulak. Berbalik pada cerita tadi, pasal mamat poyo tu, time aku on the way nak pergi rumah pak hassan, entah dari mana dia datang, tetiba jee simbah air longkang dekat kepala aku, heyyy! Busuk ohh! Then, dia cakap aku perempuan tak sedar diri and muka macam beruk. Aku tak kenal dia pun, tapi kenapa dia buat aku macam ni? Huaaaaa, busuk! Disebabkan bau aku yang sangat busuk ni, aku termuntah kat baju mamat tuu. Dia apa lagi, melenting habis lah.

"Hoi perempuan, asal kau muntah kat baju aku? Kau ingat baju aku murah ke? Eeii uwww, jijik betul lah kau ni!"

Sesedap cucur badak jee dia marah aku.

"Amboi amboi, sedapnya kau marah aku, dah yang kau bodoh sangat simbah aku dengan air longkang nih asal? Kau ingat baju kau sorang jee mahal? Baju aku tak mahal?" Haa, kan dah kena sembur balik dengan aku. Tu baru sikit, haa kau tunggulah tembakan pedas aku yang seterusnya wahai jantan tak guna.

"Setakat baju cap ayam, kat pasar malam pun berlambaklah."

Ewah ewah ewah ewah, banyaknya ewah? Err, suka hati aku lah. "Woii, jantan dayus! Agak-agak lah cakap aku beli baju kat pasar malam. Baju kau yang beli kat pasar malam, nak tuduh aku pulak. Elehh setakat baju kau yang beli satu, percuma barbie doll tuu pun nak membebel macam jantan yang nak beranak."

Ada ke orang yang nak beranak membebel? Bukan menjerit, meraung ke? Kalau yang alim pulak, baca ayat-ayat suci Al-Quran. Haa, kalau aku nak beranak nanti, aku nak jadi macam orang-orang yang alim ni. Asal cakap pasal aku pulak yang beranak ni? Ahaha. Whatever. Lagi satu, jantan nak beranak? Eh, lelaki mana boleh beranak. Apa yang aku mengarut nihh? Bila aku marah, semua benda keluar dari mulut aku. Mulalah aku cakap benda-benda yang tak logik macam ni.

"Eh betina, jaga sikit mulut kau tu ea. Kurang ajar betul lah kau nih. Mak bapak kau tak ajar cara berbudi bahasa ke?"

Eh, jantan ni dah lebih, cakap pasal mak bapak aku pulak. Baru je nak nak sembur dia balik, tetiba ada orang call dia pulak. Lepas tu dia pergi macam tu je. Bukan nak mintak maaf ke apa ke dekat orang yang dia dah zalimi ni. Arghhhh! Sakitnya hati aku. Aku takkan pernah lupa apa yang kau dah buat dekat aku mamat sakai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience