BAB 3

Romance Completed 6033

Selepas Uncle Am dan Adam pulang, mama mengajak aku berborak bersamanya. Mama memberitahuku bahawa Uncle am datang sebentar tadi membawa hajat. Uncle am berhajat mahu mengahwinkan aku dengan anaknya, Adam. Mama juga bersetuju dengan cadangan uncle am kerana aku masih lagi bujang walaupun umurku sudah meningkat. Nak tahu umur aku berapa? Sebenarnya umur aku baru 24 tahun, tapi mama yang beria cakap aku dah tua.

Tapi aku tahu sebab sebenar mama nak aku nikah dengan mamat poyo tuu, mama nak ada seseorang yang boleh dipercayai untuk jaga aku bila dia dah tak ada nanti. Aku kan anak tunggal, sebab tu mama risau kalau tak ada orang yang jaga aku bila dia dah tak ada nanti.

Aku dalam dilema sama ada nak terima Adam tu sebagai suami aku atau tak. Ikutkan hati aku ni, memang aku taknak kahwin dengan dia, tapi aku tak sampai hati nak hampakan hati orang yang dah jaga aku dari kecil. Aku sayang sangat dekat mama. Kalau aku bagi tahu mama pasal apa yang mamat tu dah buat pada aku, agak-agak mama percaya tak? Confirm mama tak percaya, mesti mama ingat aku sengaja cari helah sebab taknak kahwin dengan mamat tu.

Haish, serabut kepala hotak aku jadinya. Sebelum aku kahwin dengan mamat poyo tu pun dia dah simbah aku dengan air longkang, inikan pula lepas kahwin? Entah-entah dia pergi simbah air kumbahan dekat aku pulak. Errr, tak sanggup, tak sanggup!

Petang tu, aku ambil angin kat taman mini rumah aku. Niat dihati nak tenangkan fikiran plus nak fikir pasal hajat mama tu sekali, tapi mama pulak datang join sekaki minum dengan aku.

"Hawa dah fikir pasal apa yang mama tanya semalam? Mama harap sangat hawa boleh terima adam sebagai suami hawa. Lagipun mama rasa korang memang sesuai sebab nama korang, Adam dan Hawa. Mama pun suka dengan budak adam tu, baik jea orangnya. Sopan santun, pandai jaga hati mama." mama memulakan mukadimahnya.

"Erm mama, hawa bukan taknak terima dia dalam hidup hawa tapi, hawa takut dia yang tak boleh terima hawa sebagai isteri dia. Haaa, mama nak ke rumah tangga kitorang hancur sebab tak sesuai antara satu sama lain? Lagipun, hawa muda lagi laa ma, hawa belum puas hidup bujang, Nanti lepas kahwin mesti hawa susah nak buat apa yang hawa suka. Mesti hidup hawa kena kongkong. Hawa taknak hidup hawa kena kongkong ma, hawa tak bersedia lagi." Panjang lebar aku membalas kata-kata mama.

Muka mama terus berubah selepas aku habis berkata-kata. Mama nampak sedih sangat. Aku betul-betul rasa bersalah sebab buat mama macam tu.

"Maa, hawa mintak maaf, hawa takde niat pun nak lukakan hati mama. Hawa mintak maaf yee maa."

"Takpelah hawa, mama tak marah hawa, mungkin hawa belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri lagi kan? It's okay, mama faham, mama pun takboleh nak paksa hawa kahwin dengan orang yang hawa tak suka kan?"mama menyatakan ayat pasrahnya.

"Hrm, maa, hawa tak cakap pun yang hawa tak terima adam tu sebagai suami hawa. Hawa dah bersedia nak jadi seorang isteri, maa. Mama doakan hawa jadi isteri yang solehah ye? Hawa nak jadi macam mama, hawa nak jadi tabah dalam menghadapi segala cabaran yang menimpa hawa. Hawa nak jadi isteri solehah macam mama." Aku tak tahu macam mana kata-kata tu boleh keluar dari mulutku. Yang pasti aku ikhlas cakap macam tu kat mama. Aku tak sanggup nak lukakan hati mama. Aku nak mama gembira ada anak macam aku.

"Betul ke ni hawa? Hawa tak tipukan?" mama kelihatan sungguh gembira. Aku juga gembira kalau mama gembira walaupun hati aku tak sepenuhnya dapat menerima adam dalam hidup aku.

"Yee, betul maa. Hawa ikhlas terima adam sebagai suami hawa, asalkan hawa dapat buat mama happy."

"Terima kasih hawa, mama betul-betul gembira sekarang ni. Hawa dah buat mama gembira sayang. Erm, mama nak call uncle am kejap, nak cakap dekat dia yang hawa dah setuju nak kahwin dengan adam."

Mama mengusap kepalaku sambil berkata, "Mama yakin adam boleh jadi suami yang baik untuk hawa sayang. Mama yakin dia boleh jaga hawa dengan baik dan dia jodoh hawa yang terbaik. InsyaAllah."

Air mata aku menitis dengan lajunya, mama baik sangat. Aku sayang mama. "Thanks maa, hawa tahu mama nak yang terbaik untuk hawa. Hawa sayang mama."

Mama mengelap air mataku sambil berkata,"mama pun sayang anak mama, sayang sangat. Mama pergi call uncle am jap yee sayang."

"Okay, maa" aku membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience