BAB 6

Drama Completed 2648

“Waalaikumusalam pakcik. Nama saya Lokman. Sebenarnya saya…saya…”

“Teruskan nak…, jangan segan. Pakcik rasa kita baru kali ini bertemu bukan”

“Benar pakcik. Saya telah lama ingin berkenalan dengan penghuni rumah ini. Saya selalu melalui kawasan rumah ini, ada sesuatu yang menarik saya ke mari. Pakcik…, saya rasa pakcik mempunyai seorang anak perempuan kan”

Mulut ini kenapalah cepat sangat. Mungkin Encik Murad mencurigai kedatanganku. Aku melihat Encik Murad. Encik Murad hanya berdiam diri. Kemudian kulihat bibirnya mengukir senyum. Huh… lega, nasib baik Encik Murad tidak marah dengan pertanyaan gelojohku itu.

“Ya… Maznina. Kenapa? Lokman kenal dengan dia”

“Tidak…Ya…Tidak…”

Encik Murad hanya terus tersenyum melihat gelagatku.

“Begini pakcik. Saya mengenal Maznina beberapa bulan yang lalu. Ketika itu saya lihat Maznina berjalan seorang diri di hujung kawasan perumahan ini. Waktu itu lebih kurang jam tiga pagi. Saya berhenti dan mempelawa menghantarnya pulang kerana saya merasa hairan, seorang perempuan berjalan seorang diri dini hari.

Pada mulanya dia ragu-ragu, tetapi kemudian dia menerimanya. Saya hairan sepanjang perjalanan dia tidak banyak bercakap. Walaupun saya berusaha berbual dengannya. Dia masih terus diam sahaja.

Keesokannya, saya datang ke rumah ini lagi untuk bertemu dengan Maznina. Saya lihat dia di beranda termenung seperti memikirkan sesuatu. Apabila ternampak saya, Maznina segera masuk ke dalam. Saya tidak punya keberanian untuk terus menyerbu masuk, semata-mata untuk berjumpa Maznina. Tambahan lagi Maznina mengelak berjumpa saya, seperti dia tahu saya ingin berjumpa dengannya.

Selang beberapa bulan kemudian, saya jumpa Maznina lagi di tempat yang sama pertama kali saya jumpa dengannya. Maznina kelihatan terperanjat dan lari ketakutan apabila melihat saya. Saya tidak tahu kenapa Maznina ketakutan melihat saya. Saya ingi sekali mengetahui kisahnya. Itupun jika pakcik tidak keberatan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience