BAB 1

Drama Completed 2730

Di dalam kegelapan malam minggu ini, merupakan rahmat bagi kami. Pada malam inilah kami dapat bersuka ria dan melepaskan gian setelah enam hari bekerja, dengan penuh peraturan dan disiplin.

Untuk menghilangkan kebosanan yang semakin mencengkam, jalan inilah yang kami rasa amat sesuai sekali. Di hujung Jalan Melewar menghala ke Jalan Tun Perak telah sedia berderet beberapa buah motosikal berkuasa 150cc.

Beberapa bulan yang lalu, bertapa susahnya aku cuba menyakinkan ketua kumpulan ‘GAGAK ’ untuk menjadi ahlinya. Mereka tidak yakin, yang aku dapat membawa tuah kepada mereka. Aku akan buktikan malam ini.

“Hello Gang!”

“Hello BRO! Apalah kau ini… kenapa lambat? Janji kau macam mana? Kalau lambat sedikit tadi, habis kita semua kena sapu, kau tahu”

“Sorrylah brother, aku lewat sedikit sahaja. Aku susah mahu keluar, boss besar dekat rumahku belum tidur lagi. Okay brother, aku dah ready ini, aku janji pastikan kemenangan milik kita malam ini”

“Okay set. Lain kali jangan macam ini. Kau buat aku susah. Dendanya kau pastikan kemenangan”

“Okay. Ya aku pasti menang, kau tengoklah nanti ”

Deruman bunyi motosikal memecah keheningan malam itu. Masing-masing penunggang mahu menunjukkan kehandalan masing-masing. Aku yang baru menceburi bidang ini terasa hebat. Aku melajukan lagi pecutan motosikalku. Aku tidak peduli sama ada bising atau tidak.

Yang aku tahu, malam ini aku mesti menang. Kalau tidak, habislah Amat tidak mempercayaiku lagi. Selekoh demi selekoh aku lalui dengan bergaya, macam pelumba professional litar lumba formula one. Aku mahu pastikan kemenangan malam ini, milik kumpulan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience