BAB 7

Drama Completed 2648

Aku tidak memberitahu yang aku hampir setiap hari berulang ke rumah ini sejak pertemuan pertama. Malulah aku nanti. Maznina … Maznina … manis nama itu, semanis tuannya. Apakah rahsia dirimu?

“Begini Lokman. Sebelum itu, pakcik harap Lokman dapat memaafkan kelakuan Maznina itu. Begitulah kelakuannya sejak arwah abangnya yang sangat disayangi meninggal dunia. Maznina akan berkunjung ke tempat itu hampir setiap malam minggu. Patutlah beberapa bulan yang lepas, Maznina kelihatan gembira melakukan kerja-kerja harian, agaknya semasa pertama dengan Lokman itu.

Sehinggalah baru-baru ini dia seperti ketakutan dan bercakap seorang diri semula. Maznina sangat manja dengaan abangnya. Apa yang dia hendak, semua abangnya turutkan. Mereka memang rapat dari kecil lagi, sejak arwah isteri pakcik meninggal. Maznina pada mulanya tidak begitu. Maznina seorang gadis yang periang, lincah dan manja. Kemana abangnya pergi, dia akan ikut sama. Sebagai seorang gadis yang rapat dengan abangnya, sudah tentu segala kegiatan abangnya dia ikut serta. Suatu hari…”

“Kenapa pakcik? Apa yang sudah terjadi?”

“Ya… suatu malam minggu, Aider dan Maznina baru balik menonton wayang. Maznina dengan riangnya sibuk bercerita mengenai wayang yang ditontonnya itu. Abangnya Aider seperti biasa melayannya. Ketika hendak melintasi jalan memotong masuk ke kawasan ini, sebuah motosikal laju merempuh motosikal yang ditunggangi mereka. Aider tidak dapat mengawal motosikal lalu terlanggar tiang telefon.

Tiang telefon bengkok. Maznina tercampak jauh dari motosikal dan terhantuk di bahu jalan. Aider pula dihempak motosikal. Kedua-duanya pengsan di tempat kejadian. Yang lebih teruk ialah Aider, kakinya patah dan kepalanya berdarah akibat hentakan yang kuat. Mereka dibawa ke hospital oleh jiran yang berdekatan dengan tempat kejadian. Aider tidak dapat diselamatkan. Kepalanya yang menerima hentakan yang kuat itu tidak berfungsi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience